Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Yogjakarta Episode 4: Alun Alun Kidul

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sambungan dari episode 3 yang kami shopping tu, yang ini sebelah malam pula. Berdekatan dengan Rumah Roso Homestay ini dekat sangat dengan ALUN ALUN KIDUL. Berjalan kaki sekitar 3-5 minit memang korang dah sampai pun. Dekat sangat weiii...memang lokasi homestay ini best. 



40 ribu rupiah untuk satu kenderaan ini, kami ambil berkat seorang bayar 10 ribu rupiah. Memang berlampu-lampu, muzik yang cukup kuat dan tempat duduk selesa. Cuma kelakar sangat sebab pandu kereta tapi mengayuh dan brek kelakar nak mampus hahahahha. Kolin memang tak boleh lupa bila kawan-kawan menjerit bagai nak gila 

Brek..kolin..breekkkkkkk 

 Memang lawak habis...tapi lagi jahat bila korang ada kawan-kawan pakat mengena tak sudah. Penat giler kolin dan sue berkayuh, yang datin dua orang duduk kat belakang tu boleh relak bersantai-santai. Macam seronok ye, penat la aku mengayuh bawak dua peti ais.
Memang rasa nak sebat aje tau ...tapi kami berseronok sangat weii..happy

Tapi memang lah takut gak memula nak jadi driver. Tapi kolin kan drive 'ferrari' setakat Alun Alun kat sini senang kut hahahha



Selesai mengayuh memang berpeluh habis. Peluh jantan dan betina berpusu keluar. Kami ini belum makan malam pun lagi. Tapi jangan risau sekitar Alun Alun Kidul yang jalan kaki 3-5 minit dari penginapan kami ini ada barisan kedai makan yang sangat tradisional. Sebab apa kolin cakap tradisional sebab kami kena duduk bersila makan atas meja jepun.


 Kami jenis tak kisah makan merata-rata. Kolin memang enjoy makanan Indonesia. So memang pantang nampak yang pelik, kami memang cuba. Lagipun kekadang tu sedap weiil


Yang kak lin order ini Nasi Goreng Istimewa. Memang sedap pandai mereka buat bumbu tu. Ada telur goreng, ayam goreng dan jua keropok yang sedap. Memang tak cukup banyak tu, kolin order lagi sepinggan buat makan sambil berborak. 

Sambil makan tu boleh lah tengok orang lain pula mengayuh. Kalau kat sini budaya Indonesia memang banyak la yang datang menyanyi. Kalau di Malaysia kita panggil 'buskers'. Mereka ini tiada bayaran tertentu pun. Mereka akan datang dan terus nyanyi. Kalau korang nak bersedekah, boleh lah buat permintaan lagu dan bagi lah dalam 10 ribu rupiah, kos dalam RM3 aje duit kita sahaja. 

 
Kami melepak sampai lah hampir jam 12 malam melihat sendiri gelagat warga kota Yogja menikmati malam minggu mereka. Kami pun dah penat, esok nak sambung jelajah kota Yogja lagi kan. Lain entri kolin share pasal pemandu atau supir yang kami upah tau. 

Supir yang bernama Pak Dwi ini memang bagus sangat. Menjaga betul kami berempat ini dan lagi best tempat yang kami tak minta di bawa pun dia tunjuk. Itu yang best !!!

Jadinya tak lah kami ni pergi tempat yang 'viral' sahaja. Korang kena faham, tempat viral atau terkenal itu bayaran nya mahal. Jadi cukup untuk cerita Alun Alun Kidul dan makan malam hari pertama kolin di Yogja. Jumpa di episode ke 5 yaaa


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you