Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

The Chicken Rice Shop hangatkan Tahun Ayam

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bagi menghangatkan perayaan menyambut Tahun Ayam pada tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan Ayam Rangup Berapi, menu istimewa bagi Sambutan Tahun Baru Cina 2017. Sajian yang di ilhamkan ini sudah tentunya untuk tetamu istimewa TCRS sempena tahun baru cina yang akan disambut hujung minggu nanti kan. 


Selain perisa rempahnya yang pedas dan lazat, Ayam Rangup Berapi menjanjikan isi yang empuk di dalam dan lebih garing di luar. Ini merupakan hasil sentuhan rasa Mister Potato Kerepak Kentang Perisa Ayam Goreng Berapi yang unik dari Mamee- Double Decker (M) Sdn. Bhd.. Sajian yang menandakan kerjasama pertama antara rangkaian restoran keluarga halal tersohor di Malaysia ini iaitu TCRS dan pengeluar makanan snek Malaysia yang terkenal iaitu Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. 

Pelancaran rasmi Ayam Rangup Berapi ini telah disempurnakan oleh YM Tunku Dato' Mu'tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed, Pengerusi TCRS Restaurants Sdn Bhd bersama dengan Gaik Wong, Pengasas bersama dan Pengarah Urusan TCRS dan Wong Kah Lin, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TCRS. Felix Pang, Pengurus Pembangunan Perniagaan dari Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd. turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran Ayam Rangup Berapi. 


Menurut Wong Kah Lin, memandangkan Tahun Ayam begitu istimewa kepada The Chicken Rice Shop kami berhasrat untuk mencipta sesuatu yang luar bisa sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini. Pasukan R&D kami telah bekerja keras untuk mencipta resipi Ayam Rangup Berapi bagi menghasilkan tekstur yang lazat dan keranggupan luar biasa bagi sajian istimewa ini. 

TCRS telah lama bertapak dan dikenali sebagai tempat menjamu selera bagi semua rakyat Malaysia dan segenap lapisan masyarakat, di mana semua dapat berkumpul dan menikmati sajian makanan citarasa Malaysia. Kami percaya dengan Ayam Rangup Berapi akan menambat hari semua rakyat Malaysia. Sebab dah sebati kan dengan orang Malaysia, suka yang pedas-pedas.

Buat korang yang nak cuba makan Ayam Rangup Berapi ini sila ke TCRS yang terdekat ok. Dari 6 Januari sehingga 31 Mac 2017 setiap pesanan ala carte (dua ketul) berharga hanya RM15.80 sahaja. Terdapat juga pelbagai sajian kombo untuk seorang sehingga empat orang. Yang nak berjimat boleh lah beli yang combo tu. Boleh makan beramai-ramai kan. 



Korang juga boleh memesan Prosperity Rice yang boleh didapati untuk tempoh terhad sepanjang musim promosi ini dengan penambahan sebanyak RM1.80 sahaja untuk mana-mana sajian kombo. Jangan lupa cuba Prosperity Chiller pada harga RM4.80 dnegan mana-mana sajian Ayam Rangup Berapi. Sedap air tu, nak tengok kolin buat video mengenai Ayam Rangup Berapi, terjah IG kolin ya


The Chicken Rice Shop juga turut menjalankan promosi berterusan pada Hari Nasi Ayam yang jatuh pada 18 haribulan setiap bulan. Pada hari ini, pelanggan di TCRS dapat memesan ayam yang dipotong suku, dengan pilihan masakan kukus, panggan atau perisa sos soya untuk RM1.80 sahaja !

Maklumat lanjut mengenai menu baru di TCRS ini iaitu Ayam Rangup Berapi sila layari www.thechickenriceshop.com


Jangan lupa pergi cuba tau, sedap, pedas, ranggup dan semestinya Ayam Rangup Berapi.

Love, 

Kolin Zainal 

1 comment:

  1. wehhh...ayam dia nampak sedap gilaaa! ni yang teringin nak makan ni!

    ReplyDelete

loving me..loving you