Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Sunway Putra Mall meraikan 'The Happy Kids' bagi Sambutan Tahun Baru Cina 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Seperti yang korang tahu, sambutan Tahun Baru Cina 2017 hujung bulan ini kan. Jadi Sunway Putra Mall tidak ketinggalan untuk meraikan bersama anak-anak yang kurang bernasib baik dari Touching Lives Club Kuala Lumpur dan Selangor seramai 150 orang. 



Semua anak-anak ini diraikan dengan menonton wayang, makan beramai-ramai, persembahan tarian naga dan singa bagi meraikan kehadiran mereka semua. Anak-anak yang berumur dari 8 hingga 18 tahun ini, di bawah Touching Lives Club Kuala Lumpur dan Selangor ini dinaugi oleh Mr. Raymod Chin Manakala Sunway Putra Mall diwakili oleh General Manager, Ms. Phang Sau Lian.

Menurut kata Ms. Phang, mereka di Sunway selalu memberikan segala kerjasama dan perhatian untuk memberikan semangat bagi perayaan ini. Hari ini kita dapat melihat anak-anak ini berhibur di Sunway Putra Mall untuk sehari. Dengan itu beliau juga inign mengajak orang ramai dan pengunjugn besama-sama menyumbang dan jua menyokong komuniti yang kurang kemampuan bagi meraikan perayaan ini.

Semasa pelancaran ini berlangsung, VIP dan jua God of Prosperity di tampilkan bersama bagi agihan 'ang pau' dan jua hadiah bagi semua anak-anak. Anak-anak ini jua di persembahan dengan persembahan 4 Season Drummer, Chicken Dance, Face Changing Artist, persembahan magik dan akhir sekali Water Drum Performance dari Persatuan Kebajikan & Sosial Kim Loo Ting.

Ini adalah tahun kedua Sunway Putra Mall menganjurkan CNY Cheers bagi The Happy Kids dan kali ini lagi meriah kerana dapat tajaan dari pihak Subway dan jua J&G Chicken. 

Untuk lebih maklumat pasal acara ini korang boleh call 03-2786 9300 atau ke Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/sunwayputramall 

Jom rasakan kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina di Sunway Putra Mall !!!

Love, 

Kolin Zainal


4 comments:

loving me..loving you