Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Radio kecil saya

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang suka dengar radio, boleh lah geng dengan kolin. Disebabkan dulu masa bekerja kolin boleh buat kerja sambil dengar radio kat PC. Tapi tak tahu kenapa sekarang dah tak boleh heheheh. Itu sebabnya kolin pergi cari radio lain tu.

Nak yang kecil, murah dan berbaloi. Perisikan ke merata-rata tempat memang tak berjaya akhirnya kolin jumpa yang ini kat LAZADA. Murah giler...😻


 Inilah dia saiz radio kecil saya !!!
Kecil saja, tak makan ruang pun. Tapi bunyi nya amat mendamaikan hati. Semua FM Channel ada, korang boleh set sahaja Dan dalam bangunan dapat aje siaran pun sebab ada antena tinggi tu kan. Kolin kerja tingkat 13, siaran cantik sahaja. Kejap dengar ERA. FM, SINAR dan HITZ. Kalau boring nak dengar koleksi sendiri cucuk aje lah thumbdrive tu. Senang !!



Tengok yang ini terus jatuh cinta. Tahu ke tidak harga berapa weeiiii
Cuma RM17 sahaja dan tambahan RM3 kalau nak terima cepat. Disebabkan kolin dah bosan memang nak lah cepat kan. Bayar RM20, hari ini order, esok terus dapat. 

Dihasilkan dari Flurescence Aluminummalloy yang tahan lasak. Dan nampak bergaya sebab ada lampu berkelip-kelip bawah radio kecil saya ini. Bunyi yang keluar tak pecah dan sedap aje speaker dia.  Kalau korang tak mahu dengar FM, korang boleh masukkan SD/TF card atau USB Disk untuk dengar lagu kesukaan korang jua. 

Buat ibu-ibu yang tidurkan anak-anak waktu malam boleh la masukkan USB Thumbdrive dan dengarkan lagu-lagu klasikal atau ayat-ayat suci kan. Memang kecil sangat dan mudah di bawa kemana-mana sahaja. Korang yang nak beli klik sini RADIO KECIL SAYA


Setakat ini memang langsung tiada masalah. Dengan modal RM20 sahaja, kini kolin dah ada radio kecil dah dalam office. Sambil buat kerja, boleh lah berlatih vokal sikit-sikit. Janji tak kacau orang pun. Dengar lagu sambil tu boleh lah dapat info pasal kesesakan jalan raya waktu nak balik pukul 5.00 petang tu. 

Kalau suka dan berkenan sila klik kat link atas tu dan beli ok. Kolin dan radio kecil saya 😇


Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you