Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Percutian ke Yogjakarta Episod Last !!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Ini lah hari terakhir kami di bumi Yogjakarta. Percutian ke Yogjakarta ini memang manis dan tak boleh nak simpan lelama, nanti bersemut potong kaki uolsss hihih 😊 Disebabkan itu hatta, pergi bulan Disember 2016, sampai nak hujung Januari 2017 baru kolin nak habiskan cerita. Maklumlah orang sibuk kan... 
aku mana ada keje weiiii...tu orang sakit hati 


Lagi satu nak kongsi lah pengalaman kita ke tempat orang. Walau tak lah hebat sangat pun, tapi kita tak tahu perkongsian kita bawa manafaat kat orang lain betul tak. Ok lah, hari terakhir kami bangun pepagi juga lah, sarapan nasi goreng pagi ini. Tak macam hari sebelum tu, macam biasa kolin dan kawan-kawan iaitu Sue, Milah dan Kak Intan berpuas hati sangat dengan servis dari Pak Dwi 
(nak no Whatsapp Pak Dwi kat sini) kami pun terus sambung perkhidmatan beliau dari pagi sehinggalah flight kami petang jam 5.30 petang. 


 Inilah bilik kami berempat, ada toilet kat dalam bilik.

Kami buat keputusan hendak berlibur di dalam Kota sahaja dan shopping lagi. Baru perasan duit banyak lagi hahaha. Siapa nak bawak balik kan, so shopping lah telekung, baju dan pelbagai barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Jadi hari kedua kami membayar kepada Pak Dwi 400,000 ribu rupiah, so seorang 100,000 ribu lah. Dalam RM35 sorang untuk berjalan sekitar kota dan terus ke lapangan terbang. 
Ok lah sangat kann !!!! Selesa dan senang sebab hari terakhir hari hujan oiiii.

Lokasi pertama kami 

1. Istana Taman Sari / Istana Air / Water Castle

Masa kami sampai tu, belum buka lagi. Tapi macam kolin cakap Pak Dwi ini memang pandai. Ada lah penjaga taman ini kat depan tu, dia slow talk dan kami dapat masuk dahulu sebelum orang ramai hahahahha. Untung tak?! Jadi gambar semua memang tak susah lah, sebab tak ada orang. Ini lah dia Istana Kota Lama tinggalan Raja Majapahit yang bertakhta di bumi Yogjakarta dahulu. Ini hanya tempat bersiram atau mandi tau, memang besar sangat. Kami sempat melihat bilik persalinan, dapur, bilik tidur dan bilik sauna. 


Kolin nak kongsi kisah menarik, tak tahu kenapa masa kawan-kawan yang lain sibuk bergambar kolin yang penyibuk ini memang duduk dekat bercerita dengan tour guide kami. Sekali tour guide bercakap pergilah masuk ke dalam bilik sauna tu. Agak gelap dan menakutkan sebenarnya pada kolin, tapi kata orang bukan selalu kita datang kan. Kolin nekad masuk !!! Bila masuk, duduk sekejap, korang tau...bau wangi, wangi sewangi, wanginya.....Ya Allah menakjubkan, istana ini, tempat sauna ini sudah ratusan tahun. Tapi kolin bernasib baik dapat bau !!! Bila kolin keluar, tour guide tanya, ada bau tak? Kolin terus angguk dan senyum



Kolin minta lah kawan-kawan lain masuk tapi mereka tak dapat bau. Hurmm..itulah kisah yang agak pelik tapi benar berlaku pada kolin masa di Istana Air. Tapi kolin bersangka baik dan ok aje, tak ada apa yang pelik berlaku kat kolin pun sampailah ke hari ini. Istana yang ada 2- 3 kolam renang ini ada tower tinggi. Itulah tempat raja melihat permaisuri dan puteri-puterinya bermandi manda atau bersiram. Kalau korang ke sini sila tangkap gambar banyak-banyak. Sebab ini dah jadi warisan UNESCO tau. Tiket masuk ke sini dalam 20,000 ribu tak silap kolin. Dan disebabkan kami masuk awal dari orang lain, kami bagi tips lah kat tour guide kami merangkap photographer kami masa lawatan Istana Air. Tapi kami tak sempat ke Dewan Solah Istana sebab masa dah suntuk. Boleh khayal kalau melawat kat sini tau.



2. Pasar Beringharjo

Kami ke pasar kembali hahahah...Shopping lah macam entry sebelum ini. 



Selepas shopping kami ke tempat anak tempatan suka bergambar. Rupanya nama jalan ini 'viral' kat Indonesia terutama Yogja. Apa lagi posing maut lah kami semua. 


3. Gerai Bakso

Kami mohon Pak Dwi bawa kami makan di tempat orang tempatan yang sedap. Pak Dwi memang baik dan sporting terus bawa kami ke gerai bakso. Terus terang kolin tak pernah  makan bakso. Tapi kolin makan lah juga sebab dah lapar. Sedap gila !!! Sedap sangat, tepi jalan aje pun. Sedap.....Makan 5 orang siap air bagai tak sampai 50,000 ribu rupiah pun. Cari gerai bakso Pak Ateng ok !!







Serius tak pernah makan, tak menyesal pun kolin cuba makan. Sedappp


4. Urut Kaki 

Berdekatan gerai bakso, kak intan yang peminat urut kaki ni mula dah buat perangai. Sebab dia dah penat hari sebelum tu panjat candi dan puncak becici merengek nak urut kaki. Abis kami semua berempat pergilah urut kaki. Ambil masa 30 minit dengan RM50,000 rupiah, berurut lah kami. So siapa kata pergi Yogja tak boleh berurut. Banyak wei..korang request lah perempuan urut. Haa...boleh lah hilangkan urat simpul hahaha



5. Tugu Pal Putih

Ini lah tugu kat Yogjakarta. Terletak di betul-betul simpang yang sibuk. Tapi Pak Dwi hebat, tahan kereta bagi kami bergambar hahahha. Hebat kan !!! Dapatlah bergambar kenangan kat sini. Korang kalau pergi jangan lupa singgah ok. 


6. Kedai Bakpia

Bakpia adalah sejenis kuih tradisional di Yogjakarta. Korang boleh beli untuk bawa pulang. Tapi Pak Dwi bawa kami ke sini sebab kat sini yang paling bagus. Semua baru di buat dan fresh. So nak bawa balik tak lah cepat rosak kan. Beli dan bubuh dalam handcarry aje. Beli buah makan aje wei..bukan kenduri.

Selesai semua ini, kami di hantar ke lapangan terbang untuk pulang. Lega hati dan tak sabar sangat kolin nak balik. Nak melawat semua tempat memang kena plan datang lagi ke bumi Yogjakarta. Tempat menarik mereka memang lawa-lawa. Tapi jauh lah antara satu sama lain. Pergi lagi lerr nanti kan.

Sekali lagi nasihat kolin jangan pergi tempat viral dalam Facebook tu, sebab sure korang akan berhabis duit bayar duit masuk sahaja wei. Tapi macam kolin cakap banyak kali, nasib kami baik sebab bertemu dengan Pak Dwi huhuhuh... Susun beg elok-elok ok, buah salak jangan bawa balik nanti kena tahan. Beg beli 20 kilo sesiap senang cerita. Lelain macam biasa lah, berhati-hati di negara orang ye. 


So geng..Sue, Kak Intan, Milah...tahun 2017 
kemana kita heheheh 😝


Love,
Kolin Zainal  

3 comments:

  1. alaaa...dah last ke? alhamdulillah! hahahaha...

    alaa...teringin nak g jugak la kalau macam ni

    ReplyDelete
  2. thk u !! kita follow back ok !!! nanti saya tgk page awak

    ReplyDelete

loving me..loving you