Wednesday, January 18, 2017

Part 1: Kolin ke Seoul bersama KPH Travel

assalammualaikum dan salam sejahtera

Impian jadi kenyataan bila kolin dapat ke Seoul dengan pakej dari KPH Travel Sdn. Bhd. atau lebih dikenali dengan nama KLIA TRAVEL. Korang boleh lihat pelbagai pakej yang ditawarkan di www.kliatravel.com. Tapi kali ini kolin nak berkongsi pengalaman kolin bersama pakej dari KPH Travel sepanjang 6 hari 4 malam.
Terima kasih KPH Travel sebab menyediakan pakej yang sangat muhibbah kata orang. Perjalanan kolin jam 12.30 pagi dari KLIA2 menaiki AirAsia lengkap dengan makan nasi lemak tau. Perjalanan yang mengambil masa 6 jam 20 minit ini bukanlah perjalanan yang singkat. Kalau pandai manafaatkan masa, memang kita tidur sahajalah sepanjang perjalanan. 

Alhamdulillah kami sampai jam 8.00 pagi waktu tempatan di Seoul. Memang tak rasa lagi sejuk, maklumlah dalam kawasan lapangan terbang lagi. Tapi dari terminal kami ke terminal besar kena ambil tren. Punyalah besar airport mereka ini. Semasa menjalani kastam dan imigresen mereka, kolin sangat kagum. Sebab ada mesin yang meletakkan jari tu dalam Bahasa Melayu !!! tersengih-sengih bila dengar !! Mereka memang dah perasan banyak pelancong dari Malaysia datang agaknya. 



Sampai sahaja di ruangan selepas ambil bagasi. Dengan KPH Travel kan semua lengkap, tak perlu risau apa-apa. Tour guide mereka Ms. Anna dah siap pun tunggu kami di balai ketibaan. Masa tu Ms. Anna terus suruh kami tukar pada baju tebal-tebal sebab cuaca pada hari tu -11. Korang bayangkan -11, tak pernah terfikir kolin akan berada di negara sejuk dengan -11 ...uwaaa...



Tempat pertama yang kami tuju adalah tempat main salji. Main ski lah apa lagi.
So perjalanan dari kota Seoul ke tempat tu hampir 2 jam lebih. Bayangkan flight pagi buta, sampai ke sana pagi buta hahahha. Sesekali tak pe lah kan. Jangan risau KPH Travel siapkan guide dari Malaysia yang membantu korang sepanjang bercuti. Tak lah korang terkontang-kanting pun.




Kalau nak tahu Seoul banyak jambatan rentas laut macam ini. Tak silap kolin beratus menurut kata Tour Guide Ms. Anna. Korang boleh tengok sendiri pelbagai design tau.

Sampai sahaja di kawasan nak main salji tu, Anna ajak makan dulu. Elok juga lah wei, sejuk-sejuk ini memang nak makan aje kerja kami. Rombongan kami seramai 15 orang terdiri dari 1 keluarga 7 orang, satu pasangan suami isteri dan kami bertiga yang travel bujang. Memang meriah.


Inilah hidangan hari pertama kami makan di Seoul. Ini restoran halal tau, kat Korea senang nak cari restoran halal pun. Kami makan nasi goreng panas-panas siap dengan sup rumpai laut yang lazat.


Maklumlah sejuk bebenar kat luar tu, makan sup panas memang satu kenikmatan yang di nantikan. 
 Selesai makan tengahari kami semua ke kedai untuk menyewa alatan ski atau kasut yang sesuai untuk berdiri di kawasan salji. Sewa 10 ribu won untuk satu pasang but. Dan baju untuk ski tak silap kolin dalam 50-60 ribu won untuk sepasang. Mahal lah kalau convert, tapi kalau nak try boleh aje. Cuma kolin dan kawan-kawan agak keletihan so kami decided nak main-main tepi aje hahahhaha


Yang ini posing depan kedai nak sewa pelbagai alatan korang nak nak bermain dengan salji tu.


Yang ini pulak posing tutup hidung. Kalau korang nak tahu, sakit hidung dan sejuk sangat wei. Tu kalau perasan nanti gambar kolin banyak yang tutup bahagian mulut dan hidung.

Inilah nikmat negara sejuk ye....

Dah selesai sewa, dah siap berposing, jom kita ke tempat main ski !!!!

Terima kasih KPH Travel

Buat korang nak hubungi KPH Travel Sdn Bhd. boleh lah call 03-89280457, 03-89280467 atau Email sahaja mereka di travel@kliacs.com.my

Banyak lagi korang oii, banyak lagi kolin nak cerita percutian Seoul kolin bersama KPH TRAVEL. Nanti kolin sambung ok. Jom pergi main Ski weiiii


Love, 

Kolin Zainal 

2 comments:

  1. best makan panas panas time sejuk tu.. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua makanan panas jadi sedap babe. sejuk sangat !!!

      Delete

loving me..loving you