Tuesday, January 3, 2017

Kembali ke sekolah 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Bermula lah sesi baru di tahun baru 2017 untuk anak-anak kolin. Alhamdulillah pagi ni senang kejut dan bangun. Masing- masing bersemangat ke sekolah. Siap semua kelengkapan dan sarapan pun siap. Kolin memang ajar anak-anak bersarapan dan bawa bekal. Dedulu malu la bawak bekal, tapi dah lelama perasan boleh menabung dan simpan duit beli mainan semua dah berebut nak bawa bekal ke sekolah. Buat hari pertama 2017 kolin wat gimbab bekal ala Korea hihihi. Nasib masa ke Korea baru-baru ni ada beli seaweed yang sedap tapi mahal tu.


Dah siap makan dan bekal, duit belanja sekolah bawa juga. Kolin kekal pada paras RM2 untuk seorang. Belum ada permintaan untuk minta tambah lagi setakat ini.

Ini lah muka permata hati mami dan papa. Abang darjah 5 dan adik darjah 2. Semoga tahun 2017 membawa lebih keriangan dan kenangan manis buat mereka berdua. 


Harap belajar rajin-rajin dan diterangkan hati dalam menimba ilmu. Kolin happy sangat hari pertama semua berjalan lancar. Cuti hari ini sebab nak raikan anak back to school kan. Nanti nak masak lunch pula untuk mereka.

Maklum lah jadi ibu berkerjaya jarang sekali ada Kat rumah setiap kali mereka balik dari sekolah. Moment macam ni lah kolin hargai mereka dengan jadi macam ibu sepenuh masa hatta sehari pun jadilah kan. Korang cuti juga ke? Samala kita ye


Semoga 2017 ini kita semua lebih maju dan sukses ok!!! Selamat kembali ke sekolah anak-anak mami!!!!

Love

Kolin zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you