Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

GALERI NOOR ARFA BATIK Di Kuala Terengganu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang plan nak berkunjung ke Kuala Terengganu nanti selepas musim banjir nanti, kolin nak share pengalaman kolin pergi ke sana pada 2016. Haa..macam jauh sangat dah kan padahal baru Januari 2017. Datang ke GALERI NOOR ARFA BATIK ini bukan sahaja korang kena shopping, tapi ada aktiviti lain yang seronok buat sekeluarga juga tau. 

Tempatnya tak jauh masih dalam bandar aje. Kolin sendiri mengunakan Waze untuk ke galeri ini. Senang sangat jalan nya, kalau takut sesat buat macam kolin ok. Gunakan waze hehehe walaupun kekadang waze tu sangat merepek kan. 

Inilah tangga hadapan NOOR ARFA yang sempat kami posing anak beranak. Yang tulisan besar tu, dalam tu lah tempat korang shopping.


Tapi sebelum shopping korang boleh lah buat aktiviti lain dahulu. 
Pertama sekali korang boleh tengok macam mana nak proses pembuatan batik. Dari cantingan, bahan-bahan yang mereka gunakan, corak yang ada dan semua ini ada di sini. Pengalaman baru buat anak-anak lah. 

Pelbagai informasi menarik ada kat sini buat korang sekeluarga. 




Kat sini semua hasil orang tempatan so kita memang boleh tengok sekeliling bengkel ini. Pelbagai barangan dan cara membuat batik semua dipamerkan. Cara buat pattern pakai besi ini pun ada. Mana tahu tak lama lagi batik Malaysia boleh lagi glamor dari seberang kan.




Disebabkan ada bengkel nak buat batik, anak-anak pun dah merengek nak buat aktiviti mewarna batik. 
RM17.00 untuk setiap lukisan yang telah siap dicanting. Boleh pilih pelbagai corak yang ada. Semua warna, berus dan air disediakan. Tempat duduk pun selesa, boleh lah korang melepak sambil tolong-tolong anak korang mencurahkan kreativiti dalam mewarna batik tu kan. 





Dah siap pun !! Cantik kan. Ini bila dah siap korang boleh bawa pulang sebagai kenang-kenangan dari Negeri Terengganu. Haa..itu lah kolin nak kongsi, tak semesti kene cop pasport sahaja boleh berseronok, bercuti dalam negeri pun seronok jua kan. Jangan lupa Tahun Melawat Terengganu 2017 tau. Kolin pasti lebih banyak aktiviti yang ditawarkan kalau korang bercuti ke sana. Ada lagi aktiviti yang kolin nak share di lain entri. Tapi taip lah yang ini dahulu.  

Jumpa lagi NOOR ARFA BATIK Kuala Terengganu

Love

Kolin Zainal





No comments:

Post a Comment

loving me..loving you