Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Yogjakarta Trip - Episode Satu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bersiaran semula hari ini selepas beberapa hari blog kolin sepi tanpa entri. Kali ini nak cerita pengalaman kolin ke Yogjakarta selama 3 hari 2 malam. Tiket dan penginapan yang telah di tempah dari bulan Julai yang lalu kini dah tiba masa untuk pergi. Terus terang kolin nak cerita, I am super excited !! Tak penting destinasi dekat atau jauh, tapi yang penting kita dapat lihat tempat orang. Betul tak?

Yang penting kena lah menabung dari awal. Tak semestinya orang yang berduit aje boleh pergi. Kolin menabung tau, pelan-pelan kayuh. 


Tiket yang di tempah pada Julai 2016 ini hanya berharga RM550 untuk seorang. Tempah di AirAsiaGo sekali siap hotel. Hotel pun kami tempah yang sekadar untuk tidur malam janji selesa. Tak perlu mewah-mewah sebab kami bukan melepak hotel sangat pun.

Inilah 'Girlstrip' atau'Girlfriendtime' kami semua.

 
 Kolin ke KLIA2 kali ini naik KLIA EXPRESS. Dengan tiket RM55 untuk sehala perjalanan agak mahal, tapi lagi senang dan selesa dari naik bas yang harga RM10 -12 sahaja tu. Selalu kolin naik bas, tapi kamilah dan sue nak naik keretapi. Tak apa lah kolin pun tak pernah naik lagi kan. Best juga, sebab sekejap sangat dah sampai. Simple dan laju bebenar, maklumlah first time naik hehehe


Sampai awal sempat lah jugak makan dekat Subway tu dulu. Nasib kami baik juga sebab flight pun tak delay. Ramai juga orang Malaysia pergi dalam penerbangan kali ini. Mungkin sebab tiket murah kut kan. 


So bermula lah perjalanan kami ke kota Yogjakarta.  Yahooo....





Love, 

Kolin Zainal





4 comments:

loving me..loving you