Saturday, December 31, 2016

PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI PEMBANKAN INTERNET



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Siapa tahu maksud PPZ-MAIWP? Haa...buat yang pertama kali membaca perkataan atau singkatan ini, ada benda yang kolin nak kongsi. PPZ MAIWP adalah satu agensi yang dilantik secara sah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat seperti zakat harta, pendapatan, perniagaan dan lain-lain di Wilayah Persekutuan. 

Kalau dah kutip, agihannya pula di lakukan oleh Baitulmal MAIWP tau. Kutipan zakat oleh PPZ MAIWP hanya di 3 kawasan iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Di negeri-negeri lain terdapat jua agensi-agensi yang telah dilantik. Yang pasti bukan PPZ MAIWP lah. Sebab mereka khusus di tiga wilayah sahaja. 


Kali ini kolin nak kongsikan juga dengan korang macam mana nak bayar zakat melalui perbankan internet. Tahu sahajalah keadaan di bandar, sentiasa sibuk, sesak banyak aktiviti dan perancangan terdahulu  malah kadang-kadang kita terlupa nak tunaikan tanggungjawab zakat kita. Kesesakan lalulintas, kesibukan di tempat kerja, tiada masa atau kita sendiri tidak dibenarkan untuk 'time off' untuk ke kaunter zakat kan. Bila waktu bekerja kita dah habis, kaunter zakat pun tutup kan. Niat berzakat dah lama, tapi itulah dia banyak kekangan yang ada dalam nak buat baik. 

Oleh sebab itulah kolin nak tunjukkan kat korang macam mana cara berzakat melalui online. Antara yang korang boleh rujuk ialah portal rasmi PPZ MAIWP di www.zakat.com.my. Di sini korang obleh tunaikan zakat 24 jam 7 hari seminggu. Mudahkan !!!! Selain itu zakat juga boleh dibayar melalui Perbankan Internet tau. Pembayaran melalui 2 kaedah ini sangat menjimatkan masa dan boleh di lakukan di mana-mana sahaja. Guna telefon canggih kita pun dah boleh selesaikan masalah ini. Kita semua tau ZAKAT MEMBAWA BERKAT. Dari zaman ekolah kita sudah diterapkan nilai ini. Inilah masa untuk kita betul-betul ikut dan buat tanggungjawab kita sendiri. 

Buat yang tidak tahu, inilah senarai kemudahan perbankan internet untuk rujukan korang berzakat melalui perbankan internet. 


1.
Maybank
2.
Bank Islam
3.
AmBank Group
4.
CIMB Bank Berhad
5.
Public Bank
6.
RHB Bank
7.
OCBC Bank
8.
HSBC Bank
9.
Pos Online
10.
Hong Leong Islamic Bank
11.
iRakyar (Bank Rakyat)
12.
Affins Islamic
13.
Bank Muamalat
14.
AgroBank
 















Segala senarai bank ada di atas untuk kemudahan korang. Macam kolin memang gunakan Maybank2U sahaja. Senang dan mudah ! Siapa yang buka Maybank2U dan tidak tahu nak tekan buton mana, tengok gambar contoh di bawah ok !


Mula-mula korang log in atau log masuk akaun korang sendiri. Pergi ke bahagian payment tu. Ada top 9 tu kan, korang pergi ke sebelah dan cari Zakat & Charity.


Kemudian cari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP pulak ok.


Dan kemudian korang pilih sahaja jenis zakat yang korang hendak bayar. Itu sahaja, lagi nak tepat mengenai berapa jumlah zakat yang korang kena bayar boleh layari link yang kolin nyatakan tadi. www.zakat.com.my  atau pun hubungi 1-300-88-5757. PPZ MAIWP sedia membantu sekiranya korang ada sebarang kesulitan. Ataupun nak mudah cari ahaja mereka di FB dan IG bagi pertanyaan terus, lagi senang menerusi media sosial kan. Mana tau orang lain pun ada masalah berzakat macam korang. Facebook mereka senang aje www.facebook.com/myzakat

Lebih nak best, korang boleh tengok jadual 7 lokasi tetap kaunter zakat bergerak di sekitar Wilayah Persekutuan. 


Inilah jadual yang boleh korang rujuk kalau nak bayar di kaunter zakat bergerak. Tapi kalau lah tempat kerja korang ada anjurkan karnival, hari kantin, hari betemu pelanggan atau apa jua majlis, boleh telefon PPZ MAIWP untuk mereka sediakan kaunter zakat bergerak. Dapat jua pahala, menyenangkan semua orang berzakat. Dengan tagline lagi tau 
'KAMI BERSEDIA KE TEMPAT ANDA'. 

Kaunter yang dilengkapi dengan kemudahan kiraan, bayaran dan semakan ini memudahkan korang menunaikan kewajipan berzakat melalui tunai, kad kredit dan pernbankan islam. kad debit atau pun cek. Yang hendak berzakat RM10,000 ke atas juga boleh hubungi talian tertera untuk mendapatkan perkhidmatan khas Kaunter Zakat Bergerak ini. 


Setiap pendpatan kita ada hak orang lain di dalamnya. 2.5% itulah yang dinamakan zakat. Semak segala bentuk pendapatan, simpanan, perniagaan yang ada. Rujuklah kepada pegawai-pegawai zakat. Jangan teragak-agak dalam menunaikan kewajipan kita kerada ZAKAT ada dalam rukun islam kita. 

Tunaikan zakat dengan institusi yang dilantik ok. Ketahuilah korang asnaf samada individu, keluarga, dan anak-anak akan lebih mendapat manafaat sebab kita laksanakan kewajipan berzakat dengan institusi yang dilantik. Kalau korang nak tahu atau lebih maklumat bagaimana wang zakat ini diagihkan boleh layari www.maiwp.gov.my dan segala maklumat agihan ada di dalam link itu. 

Pada kolin tak ada sebab orang yang bekerja macam kolin 8.00 pagi sehingga 5.00 petang tak boleh berzakat. Ada cara pengiraan bagi setiap pendapatan kita. Berzakat tidak pernah buat kita miskin, malah bagi lebih kaya. Jom berzakat dan tunaikanlah tanggungjawab rukun Islam ketiga bersama ok. INGAT, ZAKAT ITU BUKAN BEBAN, ZAKAT ADALAH WAJIB. 

Love, 

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you