Friday, December 9, 2016

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebenarnya ini lah antara sebab kenapa trip family tahun ini kolin menghala ke Kuala Terengganu. Sebab nak tengok MASJID KRISTAL KUALA TERENGGANU yang selalu jadi buah mulut orang tu lah. MasyaAllah cantiknya masjid ini. Tapi kolin dapat tengok pada waktu siang, waktu malam tak sempat sebab masa melawat di sini. Malam tu dah flight untuk kembali ke Kuala Lumpur. Jadinya kesempatan yang ada, kolin pusing-pusing lah di bandar Kuala Terengganu yang indah ini.

Tempat yang bersih dan landskap yang sangat cantik. Kene gaya fotografi memang tempat ini boleh menjadi lokasi pengambaran yang terbaik.


Kawasan taman memang bersih dan lawa sangat. Penjagaan rapi kalau bahasa ringkasnya. Kolin guna waze sahaja terus dapat ke sini. Dapat juga tengok satu keindahan di Malaysia kan.

Tak jauh pun dari bandar kalau nak ke sini. So memang jangan risau kalau menyewa kereta
 dan drive untuk ke sini. 



Cantik sangat masjid ini, kalau tak silap kolin ada orang tempatan kata malam-malam ada persembahan lampu. Tapi kolin takde kesempatan nak tengok. Masuk ke sini jangan risau, tiada caj langsung dikenakan termasuk parking. So kalau ke Kuala Terengganu jangan tak singgah pulak. Rugi tau !

Siang pun dah lawa macam ini, kalau malam tak tahu lah nak gambarkan macam mana. 





Jangan lupa masuk juga tau, lihat sendiri keindahan masjid kristal tepi sungai ini.
Masa kat sini boleh lah korang tengok sekali sekitar pemandangan di sini.


Kiranya memang kalau nak buat video klip pun boleh aje. Kalau dah penat ronda, rasa haus ada aje kedai minum di hadapan sebelum masuk tu. Boleh lah minum ice blended buat hilang dahaga. Kolin dan anak-anak beruntung masa pergi tak hujan dan tak panas sangat. Memang abis kami tawaf masjid tengok keindahan yang ada. Beruntung kat Malaysia ada tempat sebegini indah untuk dikunjungi. Seronok !!


Siapa yang belum sampai ke Kuala Terengganu, silalah cari masa dan melancong ok.
Rugi tak pergi lagi...dalam Malaysia aje.

Life is too short, be nice ~

Love,

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you