Wednesday, December 28, 2016

Kuala Terengganu: WARUNG YAH

assalammualaikum dan salam sejahtera

Buat korang yang plan nak pergi atau bercuti ke Kuala Terengganu, kolin ada tempat makan yang murah dan sedap sangat. Kedai makan ini kolin discover masa perjalanan pergi ke Galeri Arfa Batik tau. Tepi jalan aje, kedai ini betul-betul terletak tepi jalan selepas masjid putih tu. Masjid Nur Zaharah tak silap kolin ataupun orang panggil masjid terapung. Korang tak akan boleh miss masjid ini sebab cantik sangat. 


Warung Yah ini memang penuh sangat kereta dan motor parking tepi jalan. Kedai biasa-biasa sahaja dan menyajikan lauk pauk orang tempatan. 


Ini aje pun sempat kolin dan hubby ambil, sebab walaupun baru masuk jam 1 tengahari kebanyakkan lauk pauk dah nak habis. 4 ekor ikan bakar, kuah daging, ulam-ulaman dan jua ayam masak pindang. Semua ini termasuk air sirap 4 gelas RM20 sahaja !!! Murah kan...

Sebenarnya 2-3 kali hubby suruh kak yah tu kira balik, sebab macam tak percaya RM20 sahaja. Ikan pun bukan lah kecik sangat...masak pun sedap aje. Macam tak percaya kami makan RM20 di Kuala Terengganu.



Serius kolin sangat jakun ok, kalau kat Kuala Lumpur makanan macam ini memang dah lebih RM30 tau. Tapi memang rezeki kami cari pengalaman di negeri lain dapat tempat untuk makan berbaloi macam ini. Dan tak tipu, memang sedap tau. 


 Yang tudung oren tu lah semua orang panggil kak yah. Nampak peramah kan, memang peramah sangat. Masa nak banyar tu ada lah pelbagai kuih muih tu, murah-murah dan sedap sangat. Manalah tahu korang pergi jalan-jalan tahun 2017 nanti, boleh lah cari Warung Yah untuk makan tengahari. Selamat bercuti ke Terengganu ok !

Love, 

Kolin Zainal
 

3 comments:

loving me..loving you