Thursday, December 29, 2016

Happy 10th Birthday Anakanda Ali Imran

assalammualaikum dan salam sejahtera

Dah genap dah usia anak bujang kolin 10 tahun pada 26 Disember yang lalu. Seronok lah Ali Imran bila permintaan nak potong kek di kampung halaman hubby tercapai. Sebelum majlis potong kek kami sempat ke Air Terjun Sri Perigi yang terletak di Daerah Yan, Kedah. Kalau korang nak tahu, kampung hubby dekat sangat dengan Gunung Jerai, so memang Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Sri Perigi tu dekat aje lah.


Inilah dia air terjun Sri Perigi, memang tinggi betul batu-batuan tu. Selalu kolin datang, air tak banyak, so batu tu semua kering aje, memang orang pun tak ramai mandi-manda. Tapi kali ini mungkin disebabkan musim hujan, air dah banyak dan cantik sangat. Ini lah 'pre-celebration' buat anakanda tersayang. Seronok la Ali Imran main gelungsur kat batu air terjun tu. 

Lagi seronok kami semua datang berkelah, masa kat rumah dan datang makan-makan kat sini. Terima kasih lah buat keluarga suami yang banyak melayani kami sekeluarga dengan baik. Budi baik mereka tak akan kolin lupakan. 



Selesai kami bekelah, disusuli pulak pada 26 Disember 2016 kami buat sambutan kecil-kecilan sahaja di rumah kakak ipar di Sungai Petani. Tak ramai pun, setakat family kecil kami sahaja, siap goreng mihun, buat BBQ ayam dan potong kek. Permintaan kali ini nak kek Red Velvet. Nasib baik sedap uoolss, sorry lah mami tak pandai nak baking. 





Happy Birthday Ali Imran !!!!

Tak ada yang lebih penting dari melihat senyuman di bibir abang. Semoga abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Mami doakan cita-cita abang nak jadi pakar haiwan terlaksana satu hari nanti ok. Janji jangan bela ular dalam rumah mami !!! Bela kat rumah sendiri nanti tau !!!!

Tak berhenti kat situ, kami beralih pula ke rumah Abg Ipar yang terletak di Teluk Kumbar. Dapatlah kami cari siput remis dan mandi laut sesikit hahahahha
Tapi yang penting happy. Kolin rasalah kalau tahun depan nak plan ke luar pula. Mana tahu ke sebelah Thailand bersama keluarga. Why not kan !!!





 Begitulah kisah sekitar sambutan hari lahir buat Ali Imran. Ini semua permintaan dia, nak balik kampung, nak spend masa dengan semua saudara mara dan having fun !! Ni belum kolin selitkan kisah kami sempat ke rumah lama arwah ayah suami. Memang rindu rumah tu, nanti rasanya nak buat homestay lah. Haa..korang yang teringin nak rasa suasana kampung ada sawah padi, ada sungai dan sejuk angin kampung. Nanti boleh lah menginap di Homestay suami di Yan, Kedah. Doakan lah semua perancangan menjadi tau. 

Terima kasih atas semua kenangan ini. Jumpa di 2017 nanti tau.



Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you