Monday, November 28, 2016

Terbaru dari Domino's, Puff Crust Pizza, piza berkulit pastri !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Domino's Malaysia tak pernah mengecewakan semua peminat Pizza di Malaysia kan. Ada sahaja menu dan tarikan baru buat peminat pizza cuba. Kali ini pizza di hasilkan berlainan sangat, ianya petak bukan bulat lagi, sangat ringan dan ianya Puff !! Kalau korang selalu makan roti, ini lah puff tau. Rapuh, senang untuk di makan dan silap-silap sekotak sensorang korang boleh habiskan. Sebab New Puff Pizza ini lain dari doh pizza biasa yang korang makan selalu tu. 


Piza Puff Crust Domino's Pizza benar-benar unik kerana piza berkulit pastri nipis segi empat pertama yang ada di Malaysia. Kombinasi ratusan lapisan mentega yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapis yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga ranggup dan berwarna perang keemasan. Ianya menghasilkan kulit pizza yang tersendiri dan sure korang rasa lain dari yang lain.

Dihasilkan untuk dipadankan dengan inti daging lembu dan tuna yang merupakan pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia. Jadi korang boleh cepat ke Domino's sekarang dan order dua perisa baru mereka iaitu 
FIERY BEEF DIAVOLA & SRIRACHA TUNA. 

Fiery Beef Diavola mengunakan sosej daigng lembu Sepanyol yang dijamin halal, bawang, cendawan, bayam kecil dan tomato ceri di ats dasar sos sriracha yang pedas. Ditambah sedikit serbuk sriracha juga di atasnya. 


Manakala bagi Sriracha Tuna pula dasar sos sriracha, dengan inti ketulan tuna, bawang, nenas, cili merah dan sedikit ketumbahr. Puri cili sos Sriracha yang pedas diperbuat daripada jalapeno segar dan lada Serano yang diadun dengan herba dan rempah menambah kepedasan rasa lagi. Digandingkan dengan kulit pastri lapis yang garing menghasilkan citarasa gourment yang lazat lagi unik. 


Pada kolin, kedua-dua ini kolin suka. Sebab pastri puff ini sangat ringan dan tak cepat kenyang. Selalu kalau pizza biasa kolin boleh makan 2 keping sahaja. Tapi dengan Puff Crust Pizza Domino's ini sampai setengah kotak boleh makan sorang-sorang tau. Sebab ringan sangat, isi pun sedap pedas-pedas manja gitu. 

Menurut En. Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan , Operasi Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, 'kami teruja untuk memperkenalkan piza berkulit pastri yang uni ini kepada semua pelanggan kami. Pizza Puff Crust ini melambangkan perjalanan kami bersama para pelanggan kami. Selama ini, kami telah berkembang maju untuk menjadi sebahaigan daripada gaya hidup rakyat Malaysia.

Penciptaan Piza Puff Crust Domino's telah mengambil masa enam bulan, demi memilih dengan teliti ramuan terbaik yang sesuai untuk profil citarasa pelanggan kami dan untuk menguasai seni mencipta pastri lapis dengan sempurn. Proses ini sememangnya rumi tetapi tetap kami lakukan demi menawarkan hidangan mewah untuk para pelanggan kami, ujar Shamsul lagi. 


It's Puff-Ection !

Kalau tadi dah cerita pasal dua pizza yang baru dan sedap untuk korang semua cuba. Domino's jua telah melancarkan Kek Lava Coklat Mentega Kacang yang baru. Ini coklat hitam yang enak dan mentega kacang berlemak menambat selra, menjadikan masnisan ini pencuci mulut yang sempurna untuk mengakhiri jamuan.

Korang boleh menikmati pencuci mulut yang menyelerakan ini pada harga tambahan RM7.00 setiap satu dengan pembelian pizza peribadi minimum atau RM13.50 apabila membeli mana-mana dua kek lava coklat mentega kacang atau kek lava coklat.


 Tengok aje lah gambar ini..meleleh keluar inti coklat dan mentega kacang tu. Rasanya, memang sedap sangat buat sesiapa yang suka pencuci mulut coklat macam kolin. Try nanti ok kalau singgah ke Domino's.


Harga untuk Puff Crust Pizza pula, ada tawaran menarik buat korang. 2 Pizza Deals untuk 2 Regular cuma RM30.00, 2 Large RM50 dan 2 Extra Large RM70.00 sahaja. Jangan lupa try dua topping terbaru mereka iaitu Fiery Beef Diavola dan Sriracha Tuna, kepada yang suka hidangan pedas-pedas, yang ini sure memenuhi selera korang semua. Jangan lupa cuba ok. Domino's Pizza Puff Crust yang terbaru ini.
Dah cuba bagitahu kawan-kawan jugak tau !!! Meriah malam kolin dengan korang semua !!
Thank you Domino's !!!!

gambar kredit Mommy Jane

Love,

Kolin Zainal


1 comment:

loving me..loving you