Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY PLAY-DOH TOWN FIREHOUSE

assalammualaikum dan salam sejahtera

Setelah hampir 5 hari kolin buat giveaway PLAY-DOH Town Firehouse di Instagram dan Facebook kolin, kini tibalah masanya kolin nak buat pengumuman pemenang. Sebelum itu, kolin nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sporting dan join giveaway kolin yang pertama kali kolin buat semenjak berblog ini. Terima kasih dan korang memang terbaik !

Giveaway yang sangat best kali ini akan bawa pulang PLAY-DOH Town Firehouse yang macam dalam gambar ini. Giveaway yang sangat simple dalam Instagram dan Facebook kolin sangat mudah disertai. Hanya perlu share atau repost serta sedikit slogan untuk menunjukkan betapa korang suka sangat dengan PLAY-DOH tau. 


Seramai lebih kurang 30 orang yang telah menyertai giveaway kolin kali ini. Dan konsep kali ni kolin akan buat undian kepada siapa yang bertuah bakal membawa pulang PLAY-DOH ini.

Inilah nama-nama follower IG dan FB yang telah sertai giveaway kolin. 


Dah siap taip semua nama yang sertai samada di FB dan IG, kolin potong dan gulung-gulung masukkan dalam satu mangkuk untuk diundi keluar. Masa gunting dan gulung semua nama ini memang dah berdebar dah ! Siapa lah yang bertuah dapat PLAY-DOH ini kan. 



Kolin yang pertama kali buat giveaway kat blog ini, bagi penghormatan pada hubby untuk buat undian kali bagi pemenang GIVEAWAY PLAY-DOH Town Firehouse. Berdebar dan masa dia kocak-kocak nama dalam tu memang tak sabar nak tahu siapa yang menang. Maklumlah kalau ikutkan semua slogan yang nak menang tu semua best sangat. Sampai kolin sendiri tak tahu nak pilih, dan akhirnya kolin guna cara ini untuk memilih pemenang giveaway kolin. Buat semua korang boleh ke Instagram kolin di www.instagram.com/kolinzainal untuk melihat sendiri video pemilihan pemenang di lakukan. Tiada edit dan memang yang bertuah lah dicabut nama. 

Akhirnya pemilik akaun instagram @nashanoor memenangi giveaway kali ini. Tahniah @nashanoor 


Semoga hari lahir awak dan jua anak awak lebih bermakna selepas memenangi giveaway ini. Buat yang tidak berjaya, jangan putus asa ok. Nanti akan ada lagi giveaway yang kolin buat selepas ini. Seronok tengok kawan-kawan sporting dan sertai giveaway dari kolin. 

PLAY-DOH Town Firehouse ini sekarang milik @nashanoor !! Tahniah....
Jangan lupa masa muat naik gambar bermain nanti hashtag ok #playdoh60my 

Love, 

Kolin Zainal 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you