Tuesday, November 8, 2016

Pasar Payang, Kuala Terengganu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Buat korang yang ingin bercuti ke Kuala Terengganu, kolin teringin nak berkongsi pengalaman kolin sepanjang bercuti 3 hari 2 malam kat sana. Kalau dipendekkan kisah, kolin suka Kuala Terengganu sebab bersih aje tempatnya. Satu lagi makanan pun ada pelbagai pilihan nak cuba. Tempat pertama yang kolin tuju semasa di sana ialah:

1. PASAR PAYANG

Pasar payang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dari hotel penginapan kolin. Senang nak ke sini kalau guna WAZE buat yang pertama kali meronda di kawasan ini. Tapi agak benggang, sebab tak nampak apa-apa papan tanda kena bayar parking semasa parking kereta agak jauh dari kawasan Pasar Payang ini. Kolin dan hubby perhatikan jugak kawasan keliling ada aje orang parking kereta tepi sungai tu, tak nampak pula apa-apa tiket. Sekali balik dari shopping dapat sekeping kertas. Ingatkan kena bayar parking, sekali saman RM90 tau. Lepas ini minta sangat Majlis Perbandaran Kuala Terengganu letak laa papan notis besar-besar buat pelancong dalam negeri macam kami. Serius, memang kolin dah semak keliling tak nampak apa-apa pun. Kami sengaja parking jauh sebab nak elak jem beratur ke Pasar Payang tu tau. Siap berposing-posing lagi sementara jalan kaki ke situ. 


Haa tepi-tepi sungai ini lah ada kotak letak kenderaan. Sekali mana tahu kena saman !!!


Alisa gaya bawak skuter bawak mami dia pergi shopping kat pasar payang hahahah


Cara Alisa posing korang mesti dah boleh agak kan..Sana panas weiii


Yang ini memang sentiasa berdua aje, kolin dah kena mengalah. Alisa dengan papa rapat. 

Sekarang kolin nak jamu mata korang, ada apa kat PASAR PAYANG ini. Korang hanya perlu sediakan cash atau wang tunai yang banyak sahaja !!! Sebab kalau boleh beli sekali barang kemas kat sini, murah sangat-sangat wei..Rambang mata sangat nak pilih. 





Banyak makanan tempatan kat sini yang boleh korang cuba. Kolin borong keropok lah dulu. Pelbagai pilihan, tapi cari yang nipis-nipis tau. Sekejap goreng dah garing dan yang penting sedap. Kolin beli kat pakcik dan makcik tepi-tepi pasar. Harga pun murah sangat mereka bagi. 

Telur penyu mentah atau yang telah direbus ada. Biasa direbus dengan daun pandan untuk hilangkan bau hanyir. Ini lah makanan orang tempatan kat sini. Jangan tanya kolin apa rasanya. Sebab kolin tak sampai hati nak makan pun. Tapi orang yang makan cakap rasanya masin-masin. Mungkin ada khasiat di dalam telur penyu kerana ianya masih mendapat permintaan orang. Kalau tidak mesti tidak dijual lagi kan. 

Giliran acara yang di tunggu-tunggu, beli kain !!!!!!




Rambang mata lah tengok semua kain mengerlip kat sini. Pergi kedai mana pun semua harga boleh di tawar mengikut lah apa yang kita nak. Tapi biarlah kena dengan harga kan. Pilihan warna pulak terlampau banyak. Dari RM90 untuk batik printed boleh dapat sampai RM50. Murah betul, kain pun elok. 

Bukan kain batik sahaja, pelbagai juga baju tshirt, baju kanak-kanak pun banyak. Sediakan WANG anda sahaja kalau ke sini. Tapi betul-betul kolin cakap di sini lagi murah berbanding kat Kuala Lumpur. 


Dah selesai beli semua yang diperlukan, sebelum duit habis jom lah keluar dahulu hahahhaha.
Bahaya duduk PASAR PAYANG lama-lama, nanti pokai tau.


Kalau tak naik flight, korang boleh lah borong buah-buahan tempatan segar kat luar pasar ini. Sayur-sayuran pun banyak tau. Harga boleh tahan, yang penting segar. 
 

Belakang tu bangunan lama tu lah PASAR PAYANG 
 

Itu sebahagian DAMAGED yang telah dilakukan oleh kolin sekeluarga semasa di PASAR PAYANG. Keluar dari situ, masing-masing terus beli air dan keropok lekor. Sebab kat sini lah keropok lekor sedap-sedap di jual di tepi jalan kan. Lepas ini nak pergi makan pulak. Sambung lain kali ya.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you