Monday, November 21, 2016

Part 4 Fun & Play Package, PEARL INTERNATIONAL HOTEL - Makan malam di Cafe 5

assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah makan malam hari kedua kolin menginap di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Malas nak keluar ke mana-mana, selesai solat maghrib kami sekeluarga turun ke Cafe 5 untuk makan malam. Apa yang menarik di Cafe 5, PEARL INTERNATIONAL HOTEL ialah order dua ala carte, budak-budak dapat makan percuma. Ha...menarik tak !!


Pelbagai menu untuk dipilih buat korang yang nak makan di sini. Ada western, makanan northern india, masakan melayu dan pelbagai lagi. Cafe 5 yang terletak di aras 5 memang memudahkan untuk korang kalau datang bercuti dan menginap di sini. Lagilah kalau dah penat macam kolin sekeluarga. Selepas pergi Sunway Lagoon, sure tak larat nak kemana-mana. Itu yang dinner pun dalam hotel sahaja. Lagipun senang, dari tingkat 17 terus tekan lif ke tingkat 5 sahaja.



Untuk makan malam kali ini, kolin memilih Rack of Lambs yang berharga RM42.00. Manakala suami kolin memilih Rib Eye Steak RM58.00. Saja order kedua-dua western, sebab masa kat Sunway Lagoon sebelum balik dah makan nasi. Jadinya untuk makan malam ini kami makan yang ringan-ringan sahaja. 
Ali Imran pula memilih Char Kuey Teow RM18.00 sahaja. Air pula air suam sahaja kolin order dan jus buah-buahan. Lengkap semua order masa untuk makan. 



C5 Kid Platters ini datang bersama buah-buahan comel ini. Ada sandwich, nugget, sosej dan juga kentang goreng. Tapi yang penting buah-buahan tu comel sangat.

Inilah Rack of Lamb yang kolin order. Jujur kolin cakap sedap sangat-sangat sampai rasa macam tak cukup. Kesedapan kuah blackpepper tu, lembutnya daging kambing dan pertama kali kolin makan onion mash. Sedap sangat dan bau dari herba rosemarry membuatkan hidangan ini lagi istimewa. Memang rasa macam tak cukup padahal saiz hidangan ini dah besar sangat. Dengan harga tu, kolin rasa berbaloi sangat untuk datang dan cuba lagi makan hidangan ini.

Ini pula hidangan yang di pesan oleh Ali Imran, Char Kuew Teow.


Ini pula Rib Eye Steak yang di pesan oleh suami kolin.  Sedap sangat weii. daging lembut. Memang malam tu kami semua makan dengan senang hati sangat.


Tak sangka Cafe 5 ada chef yang sedap menyediakan semua makan malam kami. Maklumlah hari minggu malam memang tiada buffet di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Tapi ok sangat dah, kalau order 2 ala carte, menu budak-budak dapat FREE. Pada kolin dah berbaloi sangat dah. Lagipun menu budak-budak tu  memang sedap dan berkhasiat untuk mereka. Kenapa tidak kan makan malam kat sini.


Haa beginilah kami makan bersama. Semua hidangan ini kami kongsi rasa, sebab nak rasa semua hidangan kalau boleh. Jadinya tak salah berkongsi dan abang suap adik kan.


Haa..korang tengok lah sendiri betapa anak-anak happy sangat makan dekat Cafe 5. Suasana tenang dan bersih memang menjadi pilihan kolin sekeluarga. Buat yang masih mencari tempat baru untuk bawa keluarga makan-makan atau nak cuba tempat makan dan menu baru. Sila lah datang ke PEARL INTERNATIONAL HOTEL yang terletak di Jalan Kelang Lama. Promosi Fun & Play Package mereka pun masih ada promosi untuk korang semua

Untuk kali ini, itu lah sahaja coretan perkongsian kolin yang makan di sini. Siapa yang cuba makan apa yang kolin dah pesan ini. Sila lah ke sini ok.

Love

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you