Friday, November 4, 2016

Part 1 : Pearl International Hotel, 3D2N Fun & Play Package

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Berita baik kepada semua ibubapa yang tercari-cari percutian akhir tahun. Mesti tak tahu nak pergi mana kan. Kolin nak kongsi pengalaman kolin menginap di PEARL INTERNATIONAL HOTEL yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Ikutkan memang kolin sendiri menginap di Kuala Lumpur. Tapi saja tak mahu travel jauh-jauh, bak kata orang 
'play tourist in own city'...cewahhh 





































Nampak tak poster kat atas tu? Ini lah dia promosi yang ada di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Dengan penginapan 3 hari 2 malam, sarapan pagi  untuk 2 orang, tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk 6 park untuk 2 orang dewasa, penghantaran pergi dan balik dari hotel - sunway lagoon- hotel dan kesemua ini dalam pakej RM560+ sahaja !!! Bagi yang nak datang ke KL tu, atau pun yang memang orang KL boleh lah call dan tanya lebih 
lanjut mengenai pakej ini ya...

Kolin daftar masuk pada Jumaat malam, terus dinner steamboat di Cafe 5. Suka sangat dengan steamboat sebab pada kolin harga yang ditawarkan cukup murah dan sama harga kut dengan restoran lain di luar tu. Bukanlah steamboat semata-mata, ada juga semi buffet untuk kita jamu selera. Jadi hidangan tu memang banyak. Jangan risau kalau tak cukup lah ye. Pelbagai hidangan ada.




Dah siap makan malam, kami semua terus naik ke bilik kami di tingkat 17, Family Suite. 
Hotel ini ada 23 tingkat kalau korang nak tahu, 
apa pelbagai pilihan bilik kalau datang menginap. 
Sebelum datang lihat website mereka atau search FB dan IG mereka. 
Mudah aje nak dapat maklumat.

Inilah bilik kami untuk 2 malam jadi pelancong dalam bandar sendiri. Kadang-kadang kita berehat di hotel, tinggalkan semua kat rumah tu best juga kan. Berehat, tak perlu buat kerja rumah, bersantai bersama keluarga. Bila lagi kan, ini lah masanya. 



Cukup besar dan luas familiy suite di PEARL INTERNATIONAL HOTEL. Satu katil king saiz dan satu super single sudah mencukupi buat keluarga kecil kolin. Jom kolin tunjukkan apa lagi yang ada dalam suite ini



Ada sofa dan meja untuk berehat. Meja solek dan pengering rambut juga disediakan di dalam bilik ini.


Pemanas air juga segala keperluan untuk membuat kopi dah teh juga ada.


Almari serta peti keselamatan untuk menyimpan barangan peribadi juga ada.


yang mana pentingkan chiller atau peti sejuk mini ini pun ada juga dalam bilik ini. Setakat ini segala keperluan asas yang menjadikan bilik ini antara yang terbaik dah cukup lengkap. Jom kita ke kamar mandi pula ye.





Setakat ini kolin rasa berbaloi lah untuk 2 malam kami sekeluarga. Sebelum tidur, kami semua posing lah dulu sebab dapat bilik cantik dan selesa kan. Tengok lah sendiri muka happy kami.



Inilah cerita hari pertama kolin di PEARL INTERNATIONAL HOTEL, KUALA LUMPUR. Nanti kolin cerita semua aktiviti yang boleh korang buat semasa menginap di sini ok. 
 Mana tahu, korang memang mencari pakej untuk anak-anak hujung tahun kan. 
Tak perlu jauh janji semua happy, betul tak?

Terima kasih membaca entri ini 

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you