Tuesday, November 29, 2016

Breakfast di Level 23, PEARL INTERNATIONAL HOTEL, Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sebelum balik pada hari ketiga kolin percutian dalam bandar  di PEARL INTERNATIONAL HOTEL, Kuala Lumpur ini sempat lah breakfast di Executive Lounge ON 23. Apa yang best bersarapan pagi kat sini, ini lah yang kolin nak cerita sangat nih.

Pengalaman bersarapan pagi dengan pemandangan serata-rata Jalan Kelang Lama adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Korang lihatlah sendiri betapa selesa Executive Lounge ON 23 ini untuk seisi keluarga. Kalau tak nak duduk di patio luar, korang boleh sahaja bersarapan di bahagian dalam. Macam biasa di dalam tidak boleh merokok, manakala bahagian luar boleh merokok. Lagi satu pagi tu cuaca baik sangat, kami sekeluarga decided nak melepak di luar lah..sambil menikmati pemandangan yang ada.


Menu sarapan pagi yang ada, korang boleh pilih dari sini.



Hubby dan anak-anak semua nak set Continental, jadi kolin sorang sahaja yang pilih Chinese Breakfast Set untuk di cuba. Sementara menunggu semua hidangan siap sempat lah juga kami bergambar kenangan di tingkat 23 hotel ini. Memang menakjubkan !! Bayangkan lah kalau malam kan.





Kalau kolin dah tunjuk pemandangan sebelah luar Executive Lounge ON 23, jom kolin bagi sedikit pemandangan di dalam Executive Lounge ON 23 yang tampil mewah ini.





Ok korang semua dah tengok kan persekitaran di Executive Lounge ON 23 ini, sekarang kolin nak share set menu sarapan pagi yang telah siap dihidangkan. Sangat berbaloi, portion atau bahagian yang sangat mewah disediakan bagi setiap hidangan. Pastinya berbaloi untuk korang bercuti hujung tahun bersama keluarga nanti.



 Inilah dia set Continental. Yang lebih kepada sarapan pagi barat. Ada cereal, susu segar, buah-buahan dan juga pelbagai roti dan muffin. Ianya lebih ringan dan berkhasiat.


 Ini pula sarapan pagi Chinese Set. Ada bubur nasi dan semua rempah ratus yang boleh di campur masuk. Ada dim sum dan juga mee wantan yang sangat sedap. Memang lain sedikit apabila bersarapan pilihan yang ini. Dah selalu makan nasi lemak, itu yang masa bersarapan di sini kami tidak pesan set Nasi Lemak. Tapi kalau korang pergi cuba nanti, jangan lupa share tau. 

Dah kami semua bersantap, sambil bersarapan, sambil tengok pemandangan luar, sambil ambil angin dan ini lah sebenarnya 'family bonding' yang terbaik untuk kami. Tak perlu bercuti jauh-jauh, cukup dalam KL tapi banyak nya aktiviti yang boleh kami lakukan bersama. Kalau korang tak faham dan mungkin 'miss out' dalam posting percutian kolin sebelum ini di PEARL INTERNATIONAL HOTEL ini mungkin boleh klik dan baca sedikit sebanyak mengenai pakej Fun & Play dari hotel ini. Berbaloi dengan penginapan, sarapan pagi dan jua tiket ke Sunway Lagoon untuk sekeluarga bersuka ria dengan caj yang sangat berpatutan tau. 

Muka ceria bergelak ketawa macam anak-anak ini yang kita nak tengok sangat kan !




Bila dah selesai bersarapan di tingkat 23 masa untuk ke kolam renang lah pulak. Sebelum itu kolin nak share keadaan luar Executive Lounge ON 23 ini



Dah habis sarapan, perut pun dah kenyang. Anak-anak yang tak puas main air semalam di Sunway Lagoon, minta lagi ke kolam renang. Nasib baik, tingkat 5 hotel ini ada kolam renang yang sangat cantik. Ada kolam renang kanak-kanak dan jua dewasa. Siap tempat duduk yang banyak disediakan. Bilik persalinan pun ada. So selepas berenang, terus mandi dan tukar baju di sini. Tak perlu naik ke bilik basah-basah lah kan. Lagi senang dan mudah. Cantik sangat kolam ini, hope dapat datang lagi nanti.




Dah selesai pun percutian kami di PEARL INTERNATIONAL HOTEL, ini semua dalam pakej dan murah sangat. Kalau korang datang KL tak tahu nak menginap kat mana boleh cuba ke sini. Lagi best sebab hotel ini ada shopping complex mereka sendiri dan ada pelbagai kedai untuk korang. Nak makan kat luar pun boleh kalau tak mahu dinner atau breakfast di hotel. Keluar sahaja dari hotel terus ada shopping complex.

Kalau nak di ikutkan memang strategik habis lokasi ini. Parking kereta di basement pun ada security guard, sangat selamat untuk tinggalkan selama 3 hari 2 malam macam kolin. Maklumlah pergi ke Sunway Lagoon naik shuttle aje kan. Tak perlu nak drive.

Kat kedua-dua shopping complex ini ada Cold Storage dan juga Jaya Grocer. So kalau korang nak beli apa juga barangan semua ada. Tak perlu drive keluar pun. 



So kalau dah berkenan dan rasa nak datang sini, call dan buat tempahan tau. Terima kasih kepada PEARL INTERNATIONAL HOTEL kerana sudi melayani kami sekeluarga. Diakhiri lah dengan serangkap pantun

Anak harimau main guli
Nanti kita berjumpa lagi

Love,

Kolin Zainal 


4 comments:

  1. Amboi sangat satu family ni...sakan kan....hahahaha...nak jugak la ajak ibu nanti :)

    ReplyDelete
  2. Amboiii...breakfast like a king ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah yes breakfast like a king weii

      Delete

loving me..loving you