Thursday, November 3, 2016

ANMUM ESSENTIAL Tanpa Gula Tambahan

assalammualaikum dan salam sejahtera

'Ada apa dalam susu?' Adam bertanya. Kalau korang tengok dalam iklan di rangkaian televisyen selalu keluar video Adam bertanya "Ada apa dalam Susu?. Inilah kempen terbaru dari ANMUM ESSENTIAL rumusan baru tanpa gula tambahan. http://www.anmum.com.my/happenings/added-sugars/


Sebelum itu, kolin nak cerita masalah terlebih gula di kalangan anak-anak kita hari ini. Satu laporan dari Harvard Chan School of Public Health menyatakan ada bukti yang sah terhadap gula tambahan ini di dalam susu. Terutamanya gula dalam minuman yang menyebabkan obesiti dan masalah metabolisma.

Malaysia juga tak dapat lari dari masalah ini juga. Kajian 30% dari anak-anak dari Malaysia adalah obes dan mengambil lebih daripada 17 sudu gula setiap hari !!! Takut kan kita dengar. Dalam kita tidak perasaan, anak-anak kita mengambil terlalu banyak gula yang bakal membahayakan kesihatan mereka.
Menurut Malaysia Dietary Guidelines of Childrean and Adolescens 2013, mencadangkan umur kanak-kanak 2-6 tahun tidak boleh mengambil lebih dari 3 sudu gula setiap hari manakal kanak-kanak 7-12 tahun tidak boleh mengambil lebih daripada 5 sudu gula setiap hari.


Statistik yang mengejutkan apabila masalah kepada anak-anak ini datangya dari susu yang diambil setiap hari. Untuk itu ANMUM ESSENTIAL telah memulakan kempen yang sangat bagus untuk semua ibubapa di Malaysia. Kempen yang dimulakan dengan bertanya dan menyiasat ada apa dalam susu yang diberikan kepada anak-anak setiap hari. Adakah mereka mendapat nutrisi yang baik dan lengkap. Adakah kandungan yang tidak baik ada tersembunyi? Dengan melakukan bertanya dan menyiasat ibubapa perlu belajar dan melihat sendiri setiap maklumat kandungan yang ada di kotak sebelum membeli.

Kempen yang menampilkan Adam, seorang budak bijak,yang rajin bertanya malah sikap ingin tahu yang menebal. Adam mula bertanya mengenai apa susu yang kanak-kanak minum setiap hari dengan mengambil tahu atau kesedaran mengenai kandungan gula yang berlebihan di dalam susu. Kalau nak tengok video yang kolin maksudkan klik link bawah ini ok.
 Whats In The Milk? Ask Adam


Antara yang ibubapa boleh semak di kotak kandungan adalah ini Fructose, Brown Sugar, Maltodextrin, Dextrose, Sucrose, Corn Syrup Solids, Glucose Syrup Solids dan White Sugar. Apa jua nama yang ditukar, ianya tetap rasa manis dan tetap gula kan. So perhatikan nama-nama ini disetiap label makanan ok. Lebih-lebih lagi susu, ingat anak-anak kita tak perlukan gula yang berlebihan dari pengambilan susu.

ANMUM ESSENTIAL ingin mengajak ibubapa di Malaysia lebih mendapat pengetahun dan tahu pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Amat penting untuk mengawal pengambilan gula bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Apa yang kita boleh buat mulai sekarang berubah kepada yang lebih baik. Segala kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab kita kan sebagai ibubapa. Ms. Irene Cheah, Marketing Manager of Anmum at Fonterra Brands Malaysia, menyatakan pelbagai kajian telah dijalankan, kini giliran ibubapa perlu menyiapkan diri dengan semua maklumat yang lengkap mengenai gula yang terdapat dalam pelbagai nama saintifik ini.

ANMUM ESSENTIAL adalah susu dari New Zealand. Sudah pasti yang terbaik untuk anak-anak sebab TANPA GULA TAMBAHAN. Maknanya anak-anak hanya akan dapat yang terbaik dan berkhasiat sahaja. Ada Gangliosides dan DHA yang menyokong perkembangan otak mereka.


Mari kita ubah sikap kita dan mula baca setiap label di kotak sebelum menyerahkan kepada anak-anak kita.  Yang mana masih was-was, pilih sahaja ANMUM ESSENTIAL sebab dah pastinya
Tanpa Gula Tambahan dan lebih baik untuk anak-anak kita.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you