Friday, October 14, 2016

Trip balik ke Batu Pahat, Johor

assalammualaikum dan salam sejahtera

Hari Malaysia yang lalu kolin dapat balik Batu Pahat setelah sekian lama. Sebenarnya arwah abah kolin orang Kg. Peserai di Batu Pahat, Johor. Selalu kecik-kecik memang balik Batu Pahat. Tapi semenjak tingkatan 3, arwah abah dah takde. Kami pun dah jarang balik dah. Kali ini balik nak meraikan sepupu kami bernikah. Perjalanan balik hari aje pun, dalam 3 jam perjalanan sahaja.


Cantik kan pelamin ini. Kolin tak sempat nak tunggu sepupu bersanding sebab sanding selepas zuhur dalam pukul 2 petang. Jadinya sempat ada gambar pelamin sahaja lah. Gambar pengantin tak ada. Dalam macam tu kami sempat aje posing-posing.


Dedua ini anak buah kolin, sekarang semua dah besar-besar. Kalau sebelah suami, kolin dah ada cucu dah wei. Tahniah Zikri & Zureen ya...alang doakan korang berbahagia selalu.



Dah habis posing kat luar, kami masuk la dalam rumah. Sebenarnya RUMAH yang kolin nak masuk ini sangat kolin rindu. Banyak sangat memori bersama arwah abah di rumah ini. Rumah ini jugalah persinggahan terakhir abah di solatkan sebelum persemadian. Setiap perincian rumah ini ada sentuhan abah. Buat pengetahuan korang abah kolin memang pandai bertukang. Setakat rumah sebijik selamba dia boleh buat.
Rindu sangattttt..rindu nak masuk rumah ini..

Inilah antara sepupu kolin yang ada masa majlis hari tu. Ikutkan ramai, tapi bukan semua kaki bergambar kan. Sure dema malas nak layan kolin yang kaki pose memanjang kan hehehe


Dah selesai makan, dah selesai salam dan bertegur sapa. Kolin dan keluarga terus singgah berjumpa dengan orang yang paling kolin rindu. Rindu sangat kat abah. Beruntung lah korang yang ada ibu bapa masih hidup. Dapat korang berbakti macam-macam. Kolin ada mak, Alhamdulillah...syukur sangat. Semoga Allah panjangkan umur mak kolin, diberikan kesihatan yang baik.



Arwah abah tinggalkan kami 7 beradik dah 22 tahun pun. Selama 22 tahun itu lah kami hanya ada mak sahaja. Bayangkan 7 beradik, hatta sekarang dah tinggal 6 sebab kami semua kehilangan arwah ateh pada tahun 2004. Ini lah pusara abah kolin. Dah lama pun, kawasan kubur ini pun dah penuh. Dah lama dah di tutup. Sekali-sekala dapat balik ke Batu Pahat, lawatan ke pusara ini memang wajib. 

Anak-anak pun kolin kenalkan ini lah kubur arwah tok enal. Atok yang tidak pernah mereka kenali dan yang tak sempat kolin berbakti. Korang semua tolong sedekah Al-Fatihah pada arwah abah kolin ye. 

Inilah dia trip ke Batu Pahat, trip kenduri, trip melawat arwah abah, trip makan nasi briyani Shah dan juga trip mencari telur pindang. Siapa orang johor, faham lah apa yang kolin maksudkan ini. 


Dan ini lah satu mercu tanda baru buat Johor. Kalau tak silap kolin setiap daerah akan ada. Cantik kan !

So berbaik lah dengan mak bapak dan adik beradik dan ahli keluarga kita. Tak tahu bila kita akan kehilangan mereka dan mula merindui mereka. Kalau dulu kolin tak faham, sekarang terus terang kolin katakan cemburu giler dengar orang belikan abah dia baju raya. Cemburu sangat-sangat !!!

Yang tak pernah ke Batu Pahat, jemput lah datang. Jadilah pengembara jangan jadi pelancong.
Pasti korang teruja untuk mengenali apa yang ada di Batu Pahat ini. Nasi briyani memang terbaik !!
Pasar Bundle mereka lagi lah wei..next time kolin pergi kolin ceritakan ya.

Setakat ini lah trip kami ke Batu Pahat, semoga bersua lagi


Blur pulak gambar mak kita. Nanti kita tukar hp canggih ye heheheh
Yang bila wefie reramai lawa aje...

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you