Saturday, October 29, 2016

Minyak wangi baru dari SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin nak kongsi dengan korang semua,  minyak wangi yang super wangi, tahan lama dan mampu milik. Harga pun dalam RM19.90 sahaja untuk sebotol 100ml. Korang nak tahu apa dia, inilah dia SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE yang terbaru di Malaysia. Ada 4 wangian yang boleh korang semua pilih dan cuba. Menampilkan jua warna yang menawan hati iaitu biru, merah, oren dan hijau.


Wangian hebat yang setaraf dengan antarabangsa ini telah dihasilkan oleh Syahirah Vitalis Eau De Cologne disermpurnakan dengan ciri-ciri buat wanita yang berkaliber, elegan dan juga glamor. Tak tipu, sebab kolin sendiri dah pakai sehari dua ini memang suka betul baru wangian Syahirah ini.

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma yang tersendiri yang merangsang aura positif bagi seseorang wanita. Korang tahu kan, setiap wangian yang dipakai oleh seseorang wanita itu mampu menyerlahkan persona dan kecantikan dalam wanita itu sendiri. Sebab minyak wangi wanita ada yang bunga, bau fresh, bau manis dan pelbagai bau yang ada dipasaran.

Kalau nak tanya HALAL atau tidak, ianya dah diperakui HALAL oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI)  kerana rangkaian ini sangat terkenal di Indonesia tau. Warna-warna terang dan berani ini memang memikat hati kolin, di samping botolnya yang besar. 'Serlahkan Pesona Muraih Bintangmu' bagi setiap semburan dari Syahirah Vitalis Eau De Cologne ini.


Yang Biru tu FEMME CHIC, adalah kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungan eksotik yang meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga dan sedikit aduan vanila yang sensual. Korang kalau suka kan bau yang fresh buah-buahan kolin cadangkan beli yang ini.

Yang Merah adalah HAUTE COUTURE melambangkan keyakinan pada diri. Ianya juga kombinasi bunga-bungaan dan kewangian dedaun hijau menambahkan gaya elegan kepada si pemakai.

Yang Oren pula adalah CELEBRITE aroma yang ini memberikan korang feeling macam berada di karpet merah. Ala super star hadir di majlis yang glamor tu. Memang bau dia sangat glamor.

Yang terakhir warna Hijau adalah GLAM STAR untuk si ceria yang selalu menjadi tumpuan orang ramai. Wangian ini memang mampu membuatkan korang lebih mendapat tumpuan. Biasa nya bau GLAM STAR ini sesuai untuk orang yang bersosial.

Disebabkan harga yang murah dan mampu milik, kolin dah dapatkan Haute Couture dan jua Glam Star. Kedua-dua ini memang menjadi kegemaran kolin sebab bau yang sangat kena dengan personaliti kolin ini.
Menjadi seorang Setiausaha dan selalu hadir ke event membuatkan kolin memberikan perhatian, adakah kolin berbau wangi atau sebaliknya. So dengan 100ml dan harga RM19.90 memang penjimatan yang hebat.


Lihat lah sendiri botol besar dan wangi. Mana nak dapat minyak wangi murah dan berbaloi kan. Anggaplah masalah bajet korang selesai setelah dapatkan SYAHIRAH VITALIS EAU DE COLOGNE  ini.
Kalau dah ada minyak wangi glamor, pose pun haruslah glamor kan #kolincuba
 Terima kasih sebab bagi kolin clutch yang super comel ini. Macam tahu-tahu aje kolin perlukan clutch sling ini. Glamor dan warna yang sangat trendy. Thank you PR!!


Last sekali kolin nak pesan, korang semua, sila ke pasaraya berhampiran dan bau lah sendiri ke empat-empat wangian yang kolin dah share ini. Murah dan memang dalam bajet. Siapa cakap kita nak glamor kena pakai barang-barang mahal aje. Kalau yang murah, tapi kita pakai best pun dah nampak glamor tau. Yang penting jangan ambil sangat peribahasa 'biar papa asal bergaya' tu, ambilah peribahasa
'jimat cermat membawa berkat' ok.

Wanginyaaaa yang hijau ni....suka !!!



Love,

Kolin Zainal

4 comments:

  1. Tgh menghabiskan sample je ni. ..hahahhha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best giler ko hahahhahah..
      satu letak off dan satu letak dalam kereta..
      sentiasa wangi dengan Syahirah Vitalis

      Delete

loving me..loving you