Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Jom makan churros di STREET CHURROS

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang pernah makan Churros? Atau korang tak pernah dengar pun nama makanan ini iaitu CHURROS. Kalau tak pernah tahu, ini lah kolin nak cerita. Churros adalah makanan manisan mulut ianya rangup, di goreng dan sedap kalau kita makan petang-petang. Kalau nak tambah sedap, Churros juga boleh di cicah dengan pelbagai sos seperti coklat, strawberi, keju atau ikut aje pilihan hati korang.

Buat kolin yang pertama kali diperkenalkan dengan makanan ini di STREET CHURROS di One Utama Shopping Mall. Terletak di LG, dekat betul dengan Cold Storage di New Wing One Utama tu. Bau churros pun sedap sangat masa kolin mula-mula sampai kat outlet ini.
Barisan pun panjang wei...nampak sangat ramai peminat churros ini.



Begini lah mereka hasilkan churros di CHURROS STREET. Panas-panas dan fresh tau.
Orang order baru buat, korang boleh lihat sendiri dari kaunter pembelian cara churros di hasilkan.

Kafe CHURROS STREET ini adalah rangkaian Churros Cafe yang terkenal di South Korea. Outlet di One Utama Shopping Mall ini adalah outlet atau cawangan yang kedua selepas IOI City Mall, Putrajaya. Sekarang semua rakyat Malaysia dah boleh lah menikmati manisan yang terkenal dari Korea ini. Berbekalkan populariti Street Food di Korea kini ianya telah di naik taraf atau telah ditambah baik dengan pelbagai resipi yang bakal buat korang semua terliur. Cerita banyak-banyak tak guna kan. Buat yang tak pernah makan churros, yang tak pernah kenal rupa churros.
Meh dekat-dekat lah sikit ye..kolin nak cerita ini.


Inilah Churros dari STREET CHURROS yang berharga RM4.90 sahaja. Ada Cinnamon, Chocolate atau Grain, kalau tanya kolin paling kolin suka Chocolate. Tapi Cinnamon pun sedap gilerrrr...Memang kolin boleh makan banyak churros dari STREET CHURROS ini. Tanpa ragu-ragu !! Agak lembut, tapi ranggup dan tak manis sangat. Pengalaman pertama kolin makan tanpa cicah apa pun dah sedap. Dan kalau korang perasan Churros ini berbentuk macam ladam kuda. Itulah asal bentuk churros yang dihasilkan oleh STREET CHURROS ini kalau korang semua nak tahu. Sos pencicah yang ada Chocolate, Cream Cheese, Strawberi dan jua Bluberry dijual dari harga RM1.50 setiap satu.


Ada satu lagi 'Filling-Chu' untuk yang suka churros ada perisa di dalamnya. Kalau yang tadi simple aje kan, kali ini korang boleh request nak inti apa. Chocolate, Strawberry dan Blueberry pada harga RM7.90 setiap satu. Bayangkan churros yang sedap tu, ada isi coklat di tengah-tengahnya. Makan memang tak nak pandang orang kiri dan kanan dah tau.

Buat anak-anak pula, korang boleh cuba 'Ah-Chu'. Ah-Chu adalah aiskrim yang digabungkan bersama churros. Aiskrim yang lembut dan sedap ini ada beberapa pilihan yang boleh kita cuba. Ada Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry termasuk tambahan terbaru Vanilla. Serius anak-anak memang suka !!! Tak masam pun strawberry tu. Harga untuk Ah-Chu RM7.90 sahaja.



Alisa suka sangat makan Ah-Chu ini. Lain lah sikit dari yang lain kan. Ada aiskrim dan churros lagi.
Buat yang suka explore menu-menu dan makan manisan terbaru ini, kolin cadangkan Ah-Chu.

Choco Choco 'Ah-Chu'

Selain dari churros, flling-chu, ah-chu STREET CHURROS ada juga pelbagai jenis minuman Latte yang ada. Antaranya Choco Latte, Green Tea Latte dan Milk Tea Latte. Bukan itu sahaja ada jua Fresh Lemonade dan Passion Fruit Ade untuk bagi perut lega sikit selepas makan manisan churros kan.

 Passion Fruit Ade

Fresh Lemonade

 Choco Latte

Untuk bulan Oktober 2016 ini ada promosi Frappe Day! Korang boleh cuba minuman menyegarkan dari STREET CHURROS tau. Ada White Choco Real Banana Shake, OMyMango dan ILoveStrawberry pada harga RM9.90 sahaja.


Dan churros pun promosi RM2 sahaja untuk bulan Oktober bagi 50 pelanggan pertama !!!
#churrosfest


Jadi jangan tunggu lagi, pergi cuba churros sedap ini ok. Terima kasih buat STREET CHURROS tak lupa jua untuk Dato' Joe Tan yang sudi menerima kedatangan kami semua.




Meriah petang kami dapat makan churros yang sedap sangat ini. Buat kolin yang pertama kali cuba churros memang terus jatuh cinta. Sekarang cuma ada dua outlet sahaja kan. Tapi takpe menurut kata owner STREET CHURROS iaitu Dato' Joe Tan mereka merancang membuka lebih banyak lagi outlet di masa akan datang. Buat masa sekarang, korang jangan lupa singgah makan di STREET CHURROS ok.


Love,

Kolin Zainal


9 comments:

  1. Kena mai selalu ke 1Utama lepas nie.

    ReplyDelete
  2. amboi sangat melantak diaa...tak tgk kiri kanan -_-

    ReplyDelete
  3. Favorite pika Ah Chu jugakk.. sama macam Alisa. Hehee..

    ReplyDelete
  4. tak kuat tengok Ah chu tu. comel sangat hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak sekali rasa nak lagi kan... Boleh repeat ni sementara tgah buat promo...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak sekali rasa nak lagi kan... Boleh repeat ni sementara tgah buat promo...

    ReplyDelete
  7. Sis suka cinnamon tu..boleh makan berkeping2..rasa nak repeat lagi ni..hehehe

    ReplyDelete

loving me..loving you