Saturday, September 10, 2016

Pengalaman ke Sepang International Circuit untuk Sepang 1000km Endurance Race (SK1)

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman yang sangat-sangat menerujakan !! Serius kolin seronok gila bila dapat jemputan dari PR ke SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT pada hujung minggu yang lalu. Lagi best kolin dapat tengok Sepang 1000km Endurance Race (SK1) yang turut disertai oleh Malaysia's Drift King Tengku Djan Ley Tengku Mahalel, Kefli Othman, Zizan Razak dan juga Faye Kusairi. Siapa sangka dua pelakon ini punya bakat racing kan !!! Dan Faye Kusairi dah tunjukkan girls got power laa bro ....
Dan semua orang dah tahu kan, team Zizan Razak menang. Tahniah kepada mereka berempat !!!


 gambar ihsan www.sepangcircuit.com

Apabila sampai di SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT,  kolin di bawa ke Media Centre. Haa kalau korang nak tahu ini lah tempat semua media, orang suratkhabar, orang TV datang bekerja tau. Siap lengkap dengan meja dan kerusi dan paparan semasa semua maklumat perlumbaan. Dari Media Centre ini pun korang boleh tengok ke luar. Dapatlah tengok garisan permulaan tu, kereta beratur ramai-ramai tu.


Inilah dia Media Centre,luas dan bersih sangat tempat ini. Korang bayangkan masa F1 berlangsung nanti. Kat sini lah mereka berkampung buat kerja dan laporan mereka.


Beralih pula ke tempat sidang media di adakan. Ini pengalaman yang kolin share pada korang. Mana tahu korang datang tengok race tapi tak tahu apa di yang ada di SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT kan. So kita main blog tour ok. Jom tengok tempat sidang media di adakan di SIC ini.





Haaa korang..ini lah bilik sidang media tu. Kalau kolin tak posing rugi lah kan. Sampai dua gaya pose kolin bergaya kat sini. Syukur sangat dapat peluang ini. Thank you Jeffrey dan Ryan sebab sudi melayan kolin macam-macam tanya masa lawatan media kat sini. Jadinya, inilah tempat sesi interview wartawan bersama semua kaki race kat SIC ini. SIC tu singkatan bagi SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT ok. Kut lah ada orang sebut-sebut depan korang SIC, lepas ini tahu dah kan singkatan tu. Nampak pandai sikit hahahah

Jom kita ke bilik TIME KEEPER pulak, kat situ mereka lah yang bertanggungjawab dalam memastikan berapa banyak masa yang digunakan untuk setiap race. Katakanlah macam Sepang 1000km Endurance ini bermula dari 1.00 tengahari dan berakhir pada 9.30 malam tau. Haaaa...sebab 1000km kan..berapa pusingan, berapa lama masa. Semua ini tanggungjawab orang-orang yang berada di dalam bilik Time Keeper ini. Menarik atau tidak, semua bercermin dan boleh lihat kat luar apa yang jadi. Best kan !!




Kalau dah ada penjaga masa mesti ada yang menjaga kamera kan. Kalau korang semua nak tahu, sepanjang dalam litar tu ada kamera tau. Segala sudut, segala ruang, segala kejadian boleh di rakam. Kamera cukup canggih, boleh ke kanan ke kiri, boleh zoom, boleh macam-macam lah. Sebab apa, kalau ada kejadian apa-apa contoh seperti kemalangan kan. Kamera ini lah yang rakam segala-galanya. Selama ini kita tengok kat TV aje kan. Rupanya ini lah bilik yang mengawal dan merakam segala yang ada di atas litar tu.





haaa banyak kan TV dan komputer dalam ini. Memang terbaik la SIC
Segala yang ada bertaraf dunia kolin rasa. Memang asyik mulut cakap wah..wah ..wah
Sebab lawatan media kali ni memang 'eye opening' bagi kolin laaa.

Korang nampak kan gambar awal mereka naik podium julang trofi. Haaa..kolin pun dapat naik tau podium tu. Tapi bukan menang laaa....happy wei...Terus posing angkat tangan macam juara race hahahhaha


haaaa korang ....nampak tak gaya seorang pemenang tu hahahah
Dah habis ke podium ke ke Perdana Suite. Buat pengetahuan korang di sini lah tempat para VIP menonton perlumbaan di litar. Tempat yang sangat selesa dan pemandangan yang terus pada garisan permulaan.

Kiranya kalau mereka ke SIC, di sinilah tempat mereka. Lawa, bersih dan cukup selesa.



Inilah view dari Perdana Suite, memang nampak lah garisan permulaan tu kan. Ok ini semua dalam ruang hawa dingin, sekarang jom kita keluar ke ruang penonton di luar. Panas, bising berdesing-desing dengan bunyi kenderaan dan juga kelajuan. Semua ini gila !!! Tapi gila yang best laaa...



haa yang ini view tengok orang tukar-tukar tayar dan driver tu. Seronok wei..ada kolin share video. Korang tengok lah sendiri video race tu. Buat siapa yang pertama kali macam kolin, hope apa yang ada dalam blog ini dapat memberikan pengalaman baru buat korang. Ini rezeki kolin, mungkin korang pun ada rezeki juga datang ke SIC ni nanti kan. Ini lah salah satu kebanggan Malaysia tau !!


Laju kereta ni semua race tau. Ini lah sempat kamera yang kolin sempat snap. Ok jom kolin bawak korang ke lagi satu tempat iaitu GrandStand Tower. Tempat paling best sebab boleh tengok mereka yang ada di litar ini buat 'corner baring' tau.




haa ini lah dia...masa dia corner tu memang senget dan mendebarkan. Silap-silap korang semua boleh tengok tayar kereta terangkat sebelah tau. Ini semua skill beb, nak jadi racer bukan senang. Salute giler pada semua yang terlibat pada SEPANG 100km ENDURANCE RACE (SK1) kali ini. Memang terbaik !

Pengalaman yang tidak boleh dijual beli ini kolin dah manafaat dan kongsi dengan korang semua kat blog ini. Semoga dengan paparan segala info yang ada di Sepang International Circuit ini buat korang nak datang melawat dan tengok perlumbaan litar lain yang bakal diadakan kelak di sini. Kolin dah tengok kereta racing, teringin lepas ini nak tengok motor racing pulak. Ni Motor GP dah nak mula dah ni. Hope kita dapat turun ke SIC beramai-ramai dan rasakan sendiri gegaran mereka di Sepang ini. 

Buat makluman korang semua, Zizan dan Faye dalam team Mayhem Motorsports tau. Perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race ini flagged off oleh YBhg Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Member of SIC's Board of Directors tepat pada 12.30 tengahari, 3 September 2016. 

Bagi yang nak tahu berapa harga yang perlu dibayar, mari kolin cerita. Dapatkan pandangan perlumbaan yang jelas di GrandStand dan FREE berjumpa dengan semua pelumba dan kereta di Paddock. Paddock Passes boleh dibeli pada harga RM106 (untuk kemasukkan 3 hari) dan parking yang dikenakan hanya RM11 sahaja. Tapi masa kolin up entri ini racing Sepang 1000km Endurance ni dah habis. Tapi takpe, sekurang-kurangnya korang dapat sedikit pendedahan pasal perlumbaan dan jua SIC kan. 
 Apa sahaja maklumat layari sahaja laman web mereka iaitu www.sepangcircuit.com 
 Instagram mereka pun boleh search sepang_circuit. 

Terima kasih SIC kerana sudi menerima lawatan kolin. Terima kasih atas pengalaman yang manis ini.
Ada panjang umur, kita jumpa lagi !!!! 

Love,

Kolin Zainal  

2 comments:

  1. Untung la oii org berpanas dia dok dalam aircond..hahahaha...

    weh, hang masuk Grand Stand wehh..hang tau dak berapa harga tiket deme? kahkahkah :P

    ReplyDelete

loving me..loving you