Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Nantikan "The Ultraman Live in Genting 2016" dari 5 November sehingga 2 Januari 2017




assalammualaikum dan salam sejahtera

Pelancaran ini yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur,  bakal menampilkan Ultraman dan Villains di Resorts World Genting dari 5 November 2016 sehingga 2 Januari 2017. Semua peminat dapat bersalaman dan juga bergambar bersama Ultraman Zero, Ultraman X dan Ultraman Leo dari 9 sehingga 18 September 2016 semasa pelancaran 
road show mereka di Pavilion, 
Tokyo Street yang lalu. Haaa... seronok kan !!

 Mr Kevin Tann, Resorts World Genting Vice President of Promotions and Entertainment (2nd from left) and Mr Yoshihide Tanaka, International Business Affair Representative 
of Tsuburaya Production (3rd from left)

'The Ultraman Live in Genting 2016' yang membawakan Revenge of Baltan' merupakan produksi Tsuburaya Productions Japan dan kesemua persembahan ini bakal di reka sesuai untuk persembahan di Malaysia. Pelbagai yang akan dipamerkan sepanjang persembahan di antaranya pentas yang direka berkelas tinggi yang menjanjikan satu pengalaman yang terbaik untuk semua penonton yan bakal menyaksikan persembahan mereka nanti.  

Buat makluman korang, tiket persembahan ini boleh dibeli dari merchandise booth yang ada di Tokyo Street Pavilion. Dan siap ada diskaun istimewa sebanyak 15% untuk semua peminat yang patut mengambil kesempatan ini. Siapa yang tak pernah tengok Ultraman kan??? Masa kecik-kecik dulu ini antara animasi atau kartun yang suka sangat kolin tengok. Kini dah beralih kepada anak-anak pula.

Inilah dia antara peminat yang bertuah di dalam sesi soal jawab dan setiap seorang dapat sepasang tiket untuk menyaksikan persembahan 'Ultraman Live in Genting 2016'. Siap posing style Ultraman lagi.



Bersama menyertai perlawanan menentang Baltans ialah The Loaf. The Loaf di dalam misi menyelamatkan Ultraman X dan Ultra Fighters yang ingin memenangi perlawanan mereka. Sila layari Facebook merkea 'The Loaf Bakery & Bistro di mana outlet yang terpilih termasuk di Loaf Pavilion menawarkan peraduan dan pelbagai hadiah yang disediakan untuk korang semua menangi.

Menurut Kevin Tann, Vice President of Promotion & Entertaimen of Resorts World Genting, persembahan bercirikan kekeluargaan seperti Ultraman Live Show ini sememangnya mempunyai nilai-nilai murni dalam mengeratkan kekeluargaan. Di samping itu juga watak-watak Ultraman mengajar kita semua setiap dalam diri masing-masing ada hero dan menjadi orang yang baik.
Pada kolin, siapa yang tak suka Ultraman kan.


 Menurut beliau lagi, persembahan tahun lepas memang habis tiket. Jadi tahun ini pihak Resort World Genting menambah lagi waktu pertunjukkan mereka. Persembahan pertama akan bermula dari 5 November sehingga 6 Disember 2016. Manakala persembahan kedua akan bermula dari 7 Disember sehingga 2 Januari 2017. Ada dua episod lah kiranya. Lebih aksi tau kali ini. 

Semasa pelancaran di Pavilion Kuala Lumpur telah menarik minat lebih 200 orang untuk hadir sama. Seramai 26 kanak-kanak bertuah dapat memenangi 4 tiket menyaksikan persembahan sementara 10 pemenang bertuah dapat dua pasang tiket untuk menyaksikan persembahan 
"Ultraman Live in Genting 2016".

 
Untuk lebih banyak maklumat korang boleh call  03-27181118 atau layari sahaja website ini www.rwgenting.com.

Korang boleh beli tiket 'Ultraman Live in Genting 2016' - Revenge of Baltan ini pada harga RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Setiap tiket akan ada sekali Jam Ultraman. 
Best kan !!!


Istimewa untuk peminat Ultraman yang ingin kedua-dua tiket iaitu persembahan dan juga penginapan ada juga dari sekarang sehingga 2 Januari 2017. Tiket bermula dari RM169 untuk penginapan di First World Hotel (XYZ Deluxe Room) dan termasuk tiket untuk 2 orang. Kalau berempat boleh pilih pakej XYZ Triple Room Package yang siap sekali tiket untuk 4 orang untuk Ultraman Live in Genting 2016. Pakej 4 orang bermula dari harga RM278 nett. 



Jangan tunggu lagi, dapatkan tiket anda dan jom ramai-ramai kita tengok Ultraman !!!
Terima kasih Resort World Genting !!! Dapat juga kita tengok Ultraman di Malaysia kan.

Love, 


Kolin Zainal  
  

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you