Tuesday, September 6, 2016

Jom bersama sokong #bersatuTENAGA


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Inilah masanya korang !! Jom ramai-ramai kita laungkan kempen #bersatuTENAGA bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersempena HARI MALAYSIA yang bakal kira raikan pada nanti. 
Jangan khuatir nak join senang sangat tau, korang hanya perlu buat video mengunakan lagu dan lirik yang diberikan oleh TNB (ada di youtube) dan upload !! Macam yang kolin buat tu.

 
Lagu yang sangat memikat hati ini nyanyian dari Faizal Tahir ini  kolin masuk kan dalam video yang comel ini. Macam biasa Alisa Maisara la jadi model kolin. Comel tak?! Nampak tak kena aje dengan lagu tu..

Senyuman mu... la lala lala...
lagu nya soooo sweet.

video

Ini pula link kepada Instagram kolin yang dah upload video ini. Korang jangan lupa gunakan hashtag ini ok. #bersatuTENAGA tau. Nak tengok berapa ramai yang dah join boleh lah buka #bersatuTENAGA tu.
Ada yang menyanyi, menari, slide video dan pelbagai lagi. Memang rasa bersemarak rasa hati bila tengok semua video yang diupload bagi sokongan kepada kempen ini.


Ada tiga orang selebriti tanahair yang terlibat sama di dalam kempen ini. Iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan juga Elizabeth Tan. Korang yang upload video di Instagram tu, mungkin juga akan terpilih untuk ada sama dalam video tiga selebriti ini nanti. So, post cepat-cepat mana tahu korang terpilih nanti !!

Untuk korang dapat lebih idea mengenai kempen #bersatuTENAGA, ini antara link yang boleh dijadikan panduan ok. 

Faizal Tahir
 Jaclyn Victor
(Elizabeth Tan) 


Ini antara link yang boleh korang lihat sendiri cara penyertaan. Kenapa tidak kan !! Jom join sekali meraikan kempen ini dan jadikan ianya besar-besaran. Kempen yang baik, untuk tujuan yang baik. Kenapa tidak kan!

Lebih banyak informasi kat sini:


Kolin dan rakan-rakan lain dah pun join kempen ini. Korang jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat hantar sebelum kita menyambut hari Malaysia kan. Tunjukkan semangat kebangsaan kita, tunjukkan kita sayang Malaysia. Ini lah tanah air kita, tanah tumpahnya darah kita. 

MERDEKA !!

Love, 

Kolin Zainal

1 comment:

loving me..loving you