Wednesday, September 21, 2016

Inovasi terbaru untuk gambar segera dari WePrint

assalammualaikum dan salam sejahtera

Korang perasan tak sekarang ini kalau pergi mana-mana majlis atau event dah ada servis yang terbaru ini. We Print adalah satu inovasi yang menghasilkan gambar segera atau instant photo printing machine yang mengunakan aplikasi WeChat tau. Kini dah ramai event management guna dan populariti inovasi atau perkhidmatan ini semakan hari semakin meningkat di Malaysia semenjak dari tahun 2015. 

Kolin sendiri dah pernah guna !! Inilah gambar kolin yang sempat kolin print masa kat event. 


Comel tak?! Siap letak caption 'Blogger' lagi tu. Ini semua gambar-gambar yang sempat kolin print. Senang sahaja nak gunakan mesin WePrint ini. Korang hanya perlu buka aplikasi WeChat di smartphone tu, scan QR Code yang di mesin, upload gambar yang mana korang nak print dari phone dan masukkan ID code yang ada di skrin telefon bimbit. Dalam masa 60 saat korang dah dapat print gambar korang tau. Kualiti pun sangat puas hati. 

Inilah dia mesin WeChat Instant Printing pertama di Malaysia.  WePrint kini telah berada di pasaran Malaysia kalau korang nak tahu. Kadang-kadang boleh nampak di tempat membeli belah mahupun sebarang pameran besar-besaran tu. Sejak tahun 2015, WePrint telah menyumbang pelbagai kesedaran amal dan pameran yang mempunyai ramai pengikut WeChat. WePrint juga telah mencetak beribu-biru keping gambar dari satu-satu event yang mereka ada. 

Dari event dan database yang dikumpulkan ternyata mesin ini telah menjadi satu kaedah tarikan perniagan yang menarik. Malah menurut Json Tan, Managing Director bagi WePrint mereka menjangkakan ini lah trend terbaru atau cara terbaik untuk segi pemasaran bagi sesebuah perniagaan ataupun majlis keramaian. Samada majlis rasmi atau tidak, WePrint sudah pasti dapat membuatkan sesebuah majlis lebih bermakna kan. 
Tetamu yang hadir, sure gembira sebab ada mesin canggih yang boleh print gambar mereka dari dalam telefon selama 60 saat sahaja. Apa saja wei..kalau kenduri kahwin pun boleh pakai gak servis ini.
Kerlass gitu....so jabatan mana nak buat family day dah boleh consider servis ini untuk kakitangan korang.



Memandangkan penguna aplikasi WeChat yang makin lama makin ramai, servis ini bukanlah sesuatu yang asing. Malah bukan itu sahaja perkhidmatan dari WePrint. Mereka juga boleh print gambar kita untuk keychain atau rantai kunci, fridge magnet, button badge, phone casing atau pelbagai lagi yang korang nak.
Boleh lah buat door gift untuk majlis perkahwinan atau sebarang majlis yang korang nak realisasikan. Betul tak?? Macam yang kolin buat ini....boleh laa gantung kunci rumah ...comel giler !!


Populariti WePrint yang meningkat niak ini telah menyertai pelbagai event kalau korang nak tahu. Antarnya One Utama, Neway, Celcom, GSC, Acson, Revlon dan pelbagai syarikat kecil mahupun besar yang mengunakan perkhidmatan ini di dalam setiap acara mereka. 

Ini lah kaedah marketing atau pemasaran yang terbaru di Malaysia. Semakin kreatif dan memikat hati kan. Siapa yang tak suka perkhidmatan WePrint ini, kolin rasa nak print 10 keping aje tau. Untuk lebih banyak info bagi korang yang nak gunakan perkhidmatan WePrint atau nak print keychain buat cenderahati ini boleh layari www.libertyprinting.com.my 

Tak sabar nak susun semua gambar kenangan melayari title 'Blogger' ini dalam album. Mana tahu satu hari nanti kolin stop blogging kan. Inilah kenangan kolin sementara berkecimpung. Ala blogger cabuk aje uolss.

Nak event korang meletops jangan lupa cari WePrint ok !!!

Love'

Kolin Zainal 

 

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you