Friday, September 30, 2016

Fabulous Four terbaru dari Domino's Malaysia

assalammualaikum dan salam sejahtera 

Hari ini hari Jumaat...yahooo! Buat korang semua yang masih mencari apa menu baru nak cuba di Domino's boleh cuba menu terbaru mereka iaitu FABULOUS FOUR. Sure terbaik !

Tawaran terbaru dari Domino's yang menampilkan gabungan unik dari semua menu side dish. Inilah antara pilihan peminat-peminat Domino's iaitu Roasted Chicken Drummets, Domino's Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Domino's Mini Cinnadots. Kalau korang nak tahu, ini antara side dish yang selalu dipesan tau. Jadi Domino's telah menyatukan semua side dish ini di dalam satu bekas dengan harga RM19.90 sahaja. Bayangkan dalam satu kotak ada 4 side dish yang korang suka dengan  harga sangat berbaloi dan berpatutan. Gambar di bawah kredit kepada Sally Samsaiman

Kami 4 Blogger dengan 4 orang budak aktif makan bersama-sama sambil cuba menu terbaru iaitu  FABULOUS FOUR di Domino's Pizza.
Terima kasih Diya, Neyra dan Sally untuk makan malam yang amat mengembirakan. 



Kesemua ini terdiri dari 4 kategori yang berlainan kalau korang perhatikan. Ada yang manis, pedas dan jua berkeju. Dalam satu kotak yang penuh keriangan. Menurut kata Shamsul Amree, General Manager, Operations, Domino's Pizza Malaysia dan Singapore, Domino's Malaysia sangat teruja memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu FABULOUS FOUR. Kombinasi yang melambangkan satu nilai yang dicipta bagi menghargai semua peminat Dominos's di Malaysia.  Sebagai satu brand atau jenama yang telah lebih 19 tahun bertapak di Malaysia, Domino's tetap mengutamakan resipi asli dalam memenuhi selera jua permintaan peminat mereka. Yang penting buat kolin, makanan yang sedap dan harga yang berbaloi memang terbaik. Komitmen Domino's dalam menampilkan menu terbaru mereka ini sememangnya bakal menyajikan kenangan yang menarik buat peminat Domino's.

Selain dari Fabulous Four ada juga menu yang lain boleh korang cuba. 
Macam yang ada ini. Boleh makan pizza dan bergembira dengan 4 side dish yang popular tu kan.


Ini Banana Kaya yang sedap...jangan lupa order kalau ke Domino's ok.


Ini kegemaran kolin Meatasourus. Sedap sangat !! Kalau tak pernah cuba..kena cuba.


 Inilah dia Prawn Passion Pizza

Spicy Sambal

Cinnastix dengan sos untuk di cicah.

Banyak lagi pilihan pizza yang ada. Dan kalau dulu kita order makan sampingan macam drummet ayam sahaja kan. Sekarang semua tu dah berubah, korang boleh order pizza kegemaran korang dan add on sahaja FABULOUS FOUR. Ada empat makanan sampingan dan pastinya semua orang happy. Dari budak-budak sehinggalah dewasa macam kami juga.

Jangan lupa korang cuba FABULOUS FOUR yang telah ada di semua cawangan Domino's bermula dari 15 Ogos yang lalu pada harga RM19.90 . Harga promosi tu korang, cepat dapatkan peluang ini. 


Lagi menarik, buat semua peminat Domino's, cepat-cepat layari https://www.dominos.com.my
Siap ada promosi , RM30.00 untuk 2 Regular Pizza atau RM50.00 untuk 2 Xtra Large Pizza untuk lebih maklumat korang klik sini ok PROMOSI PIZZA DARI DOMINO'S

Domino's ada lebih dari 28 jenis pizza yang boleh korang pesan dan rasa.
Telefon 1-300-888-333 kalau nak lebih cepat ya. Kalau kolin suka log in aje sahaja dan order, sebab boleh tengok sendiri apa topping pizza yang menarik boleh kolin cuba setiap kali pesanan. 

Follow FB di www.facebook.com/DominosMY dan jua akaun WeChat mereka : DominosMY
Tiada sebab untuk korang tak cuba FABULOUS FOUR kan. Kolin paling suka Roasted Chicken Drummet
Jangan tak pergi Domino's hari minggu nanti ya! RM19.90 ajeee

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you