Wednesday, August 10, 2016

Shampoo rambut dan Hair Mist yang super wangi !!!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang suka buka tudung aje, rambut wangi bau aw aww..gitu. Sila angkat tangan!!
Sekarang kolin dah jumpa shampoo rambut yang super wangi. Mana lagi kalau bukan di Althea Korea tu. 

Asyik skin care aje kan, sesekali mahkota kita ni kenalah bagi treatment juga.
Tak bermakna bertudung rambut tak boleh beralun-alun ala model kan. 

Shampoo yang sangat wangi ini, kolin memang tak menyesal pilih masa shopping di Althea hari tu. 
Tak perlu pam banyak pun, sebab memang boleh cover kalau rambut korang tak seberapa panjang pun.
Yang paling best, wangi aje masa shampoo tu. 

Angeling Perfume Shampoo Hair Pack ini RM87 tau, tapi sekarang ada diskaun 58% dan harga jadi RM36.00 sahaja. Baik korang pergi klik beli sebelum out of stock. 
Sekarang hari-hari balik kerja, buka tudung memang buat I happy giler.
Kalau berpeluh seharian pun, dah tiada lagi bau hapak. Sebab rambut kita dah ada perfume uolss.


Yang ini pula, inovasi terbaru nak bagi rambut kita cepat kering. So lepas cuci rambut tu, spray sahaja kat seluruh rambut. Tambah bau wangi lah masa korang keringkan rambut tu. CP-1 Quick Dry Mist
penyelamat rambut yang terbaru yahoooo.

Ada 3 bau tau, kolin pilih Rose & Kiss. Ini juga dari laman shopping Althea juga. Dari RM56.00 sekarang ada 56% diskaun dan jadi RM23 sahaja. Boleh pakai lebih dari sebulan. 

Kita perempuan berhijab ini memang tak boleh lari dari masalah ini. Jangan tipulah, rambut korang sekali-sekala berbau lepas seharian pakai tudung kan. Kolin cadangkan korang guna shampoo dan mist ini. Yang penting rambut bersih, wangi dan kalau dah cepat kering kurang lah rambut gugur. 

Lebih informasi mengenai kedua-dua produk ini boleh layari www.althea.kr
Dapatkan rambut menawan dan wangi ok !!


Inilah antara tangkapan kolin kat Althea hahahahha
Tapi percayalah berbaloi-baloi sebab harga sangat berpatutan. 
Dapatkan shampoo wangi korang segera ya!!!!

Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you