Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Konsert amal 'Stand By Me' dari Kuen Cheng High School's Wind Orchestra

assalammualaikum dan salam sejahtera

The Junior Chamber International Petaling Jaya (JCI PJ) usahasama bersama Universiti Malaya, UM Medical Centre dan juga Kuen Cheng High School telah berbesar hati menjayakan konsert amal 'Stand By Me', yang telah dipersembahkan oleh Kuen Cheng High School Ochestra. 

Pada tahun ini kesemua ahli muzik muda ini telah bersatu bagi mengumpul dana untuk University Malaya Medical Centre (UMMC) Childhood Cancer Trust Fund. Hasrat murni mereka ini telah dibantu dan diketuai oleh Dato' Wong Chew Hwa pada hari tersebut.



JCI, PJ Organising Chairman, K.C. Har berkata, Konsert Amal 'The Stand By Me' ini adalah bertujuan untuk membantu dan menolong keluarga yang mempunyai anak-anak yang mengidap kanser. Sedikit sebanyak konsert amal ini dapat membantu dan beliau juga melahirkan perasaan terima kasih dan berbesar hati kepada semua yang terlibat bagi menjayakan konsert amal ini. 

 (From left): KC Har [Organizing Chairman], Cik Norlin Ghazali[Centre Manager, Paediatric Oncology Central Office], Pn Noorul Ashikin binti Mohd Din [General Manager of Tourism Selangor],
YB Pn Hajjah Rodziah Binti Ismail[Selangor State Assembly Woman For Batu Tiga], Professor Dr. Hany Binti Mohd Ariffin[Professor and Senior Consultant Paediatric Oncologist & Haematologist],
Dr Karmila Abu Bakar[Doctor & Medical Lecturer], Lim Zhi Hong[JCI PJ President]


 Projek 'The Stand By Me' adalah kemestikan bagi  JCI PJ dalam penganjurannya setiap tahun. Pelbagai kempen amal telah dijalankan semenjak 2013 antaranya JCI PJ-UMCC Childhood Cancer Trust Fund.  Inilah kali pertama mereka berkolaborasi dengan international awards winner iaitu Kuen Chen High School Wind Orchestra yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1971. 

Dan kolin juga bersama mereka harap, konsert amal ini akan dapat diteruskan bagi membantu anak-anak yang mengidap kanser. Semoga dengan amal baik ini anak-anak dapat merasai sedikit kemanisan hidup kan. 

Konsert amal yang tela diadakan di Shah Alam Royal Theatre ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dan rakan strategik Selangor Youth Community dan diilhamkan oleh rakan pemasaran iaitu The Bridge. 

Konsert amal yang di rasmikan oleh Professor Dr. Hany Binti Mohd Arriffin, Professor dan  turut dihadiri oleh ahli ahli kehormat yang lain iaitu Konsultan bagi Paediatric Oncologist dan Haematologist, Madam Tan Tat Chin, Vice Chairman Board of Director Kuen Cheng High School, Madam Chong Siew Fah, Vice Principal of Kuen Chen High School, YB Puan Rodziah Binti Ismail, Selangor State Assembly Woman for Batu Tiga Puan Noorul Ashikin Mohd Din, General Manager of Tourism Selangor dan juga Puan Elya Marini Binti Darmin, Setiausaha Dewan Negeri Selangor

Strategic Partner, Selangor Youth Community(From left): Izhar Moslim[Chief Executive Officer, Selangor Youth Community], KC Har, Dr Johan Kamal Hamidon, Zaiferez Hadzere

 Semoga dengan adanya konsert amal seperti ini dapat membantu meringankan beban dan meraih tabung bagi kanak-kanak yang berjuang dan bebas dari kanser. 

Menurut kata Professor Hany Arriffin, kebanyakan pesakit yang sedang di bawah rawatan UMMC dari tahun 1970 lagi lebih dari 5000 pesakit kanak-kanak telah berjaya dirawat. UMMC juga menerima pesakit luar dari lembah klang  dan majoriti dari keluarga pesakit mempunyai pendapatan kurang RM4000 sebulan dan 12% hidup di paras kemiskinan. 

Beliau percaya dengan adanya usaha murni seperti ini kita mampu membantu golongan yang memerlukan ini. Kolin pun rasa bangga dapat menyebarkan berita baik ini dalam blog kolin. 
Semoga lebih banyak perkara begini yang boleh kita kongsikan. Terima kasih sebab sudi menjemput kolin menjayakan konsert amal ini. 

Semoga projek "The Stand By Me' akan berterusan sampai bila-bila.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you