Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Berhari raya di Open House Ambank Group di Hotel Shangri LA Kuala Lumpur

assalammualaikum dan salam sejahtera

Ambank Group telah berbesar hati mengadakan Open House pada 28 Julai 2016 yang lalu di hadiri tetamu, rakan niaga dan media yang dijangkakan seramai 1,200 orang dari jam 4.30 petang sehingga 9.00 malam di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. 
Raya Open House ini dihoskan oleh Tan Sri Azman Hashim, Chairman, Ambank Group.

Antara tetamu yang hadir di senior management ialah Dato'Sulaiman Mohd Tahir, Group Chief Executive Office, Board Members dan Chief Executive Officers daripada kumpulan subsidiari iaitu Retail Banking, Investment Banking, Wholesale Banking dan Insurans - AmGeneral Insurance, AmMetLife Insurace dan AmMetlife Takaful turut hadir memeriah acara open house tersebut. 


Tan Sri Azman menegaskan, rumah terbuka atau tradisi open house ini adalah salah satu cara Ambank menghargai dan merayakan hari yang berbahagia ini. Ini juga memberikan nilai penghargaan di untuk semua yang telah bekerja di dalam satu pasukan selama ini. Seperti mana yang diketahui, pelbagai bangsa turut meraikan hari raya bersama. Beliau juga berharap suasana harmoni ini akan berkekalan selamanya. 

Hotel Shangri La Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan menyediakan pelbagai hidangan enak buat semua tetamu Ambank Group yang hadir. Banyak sangat pilihan dari yang berkuah, pedas dan bakar. Memang naik sendat nak cuba makanan yang dihidangkan semua ini. Tapi memang sedap sangat !!!




Ini antara menu yang sempat kolin makan masa kat sini.
Banyak lagi sebenarnya, pelbagai menu disediakan dari timur sehinggalah ke barat. 

Tapi bukan setakat makan sahaja tau, Tan Sri Azman turut menyanyikan beberapa lagu untuk semua tetamu. Memang kolin setiap kali hadir event Ambank, Tan Sri suka menyanyi, sporting gila. 

Nak tengok video Tan Sri Azman singgah lah IG kolin ya. 
Ini antara menu yang dihidangkan sempat kolin tangkap gambar
Yang lelain semua mampu tengok sahaja, sebab banyak sangat hidangan yang mereka sediakan.






Seronok dapat makan sedap sedap kat Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.
Lagi meriah dengar nyanyian dari The Singing Shop yang mendendangkan pelbagai jenis lagu.

Terima kasih Ambank, moga tahun depan kita jumpa lagi.

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you