Wednesday, August 24, 2016

Anak seorang TECHNICIAN

assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kolin dapat jodoh dengan TECHNICIAN. Kalau korang nak tahu, masa 2005 kolin beli rumah dulu, segala apa lampu, kipas, plumbing semua suami yang buat. Tak perlu nak upah orang. Setakat ini apa sahaja barang yang rosak, plug nak kena tukar semua ditukar oleh suami. Beruntung sangat rasa badan. Tu bila dengar cerita kawan terpaksa panggil orang buat dan upah yang agak mahal memang kesian. Yelah, zaman serba serbi mahal ini memang kalau boleh kita nak berjimat kan. 

Anak bujang kolin satu-satunya, Ali Imran mengikut jejak langkah suami. Alhamdulillah...
Setakat ini memang kalau pemasangan yang simple-simple memang imran aje yang buat. 
Terima kasih En. Suami sebab sudi turunkan ilmu kepada anak bujang saya. 
Untunglah bakal menantu aku nanti kan hahahahhaha


Gigih dia baca arahan kerusi dari IKEA tu. Dah baca, cari lah skrudriver nak pasang. Aku ni duduk pegang remote TV dan handphone tengok aje gelagat anak bujang ini. 


Nampak tak gigih, tangan tu bukan main tekan kuat-kuat nak kerusi ini dipasang dengan elok.
Kerusi IKEA RM11.90 aje pun. Saja beli, sebab kang datang rumah ramai-ramai tak muat kerusi nak duduk. Kalau kerusi macam ini boleh susun elok-elok. Lagipun warna sangat menarik, merah dan putih tau. 



Dalam pada sibuk nak tengok TV dan pasang kerusi tu siap terus. 
Terus boleh pakai dah, memang rak-rak yang DIY semua Ali Imran punya tugas sekarang. Kecuali lah drill pada dinding tu belum lagi lah. Baru darjah 4 kan. 

Rasa kolin bagus korang ajar anak-anak skill pasang DIY ni. Mana tahu skill itu berguna esok dalam menjalani kehidupan dia. Jangan tak tahu, ada lelaki yang tak tahu tukar mentol pun tau. Hatta almari yang kita suruh pasang pun dia tak tahu. Nak tukar paip sinki pun tak tahu. Mulai sekarang ya, semua pembaca, para-para ibu semua bagi galakan tau. 

Tak kiralah anak lelaki atau perempuan kita tunjuk dan ajar skill ini. 
Supaya mereka ini dapat satu lagi kemahiran hidup dan bukan hanya belajar aje nak pandai. 

Beruntung anak seorang Technician kan, walau gaji tak sehebat pegawai atasan.


Love, 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you