Monday, June 13, 2016

Tampil mempersona dengan Kelahiran Anugerah Buat Semua Wanita Dari SAFI

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sahur ke tidak pagi tadi korang? Sekarang ini kolin yakin semua orang tak cukup tidur kan. Ye lah malam-malam berterawih dan siang pula bekerja. Bangun sahur 4.30 ke 5.00 pagi tu confirm tak tidur balik kan. Maklumlah jadi ibu memang kerja 24 jam tak akan berhenti. 

Tapi jadi Ibu atau Isteri tak bermakna kita harus lupakan asas kecantikan tau. Kolin nak share dengan korang semua Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold & Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy.


Sesibuk mana pun kita ni sebagai wanita, dalam menguruskan kerjaya dan keluarga, kita kena curi masa untuk tampil mempersona tau. SAFI jenama halal No. 1 di Malaysia memahami keperluan kita tau.
Dengan itu, 2 variasi masker mampu memberikan penyelesaian khusu buat wanita yang ingin tampil cerah sempurna atau mengembalikan keremajaan raut wajah.

Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA GOLD ini diperkaya dengan Bio Nano Emas 24K & Bio Hialunorik dengan Vitamin B3, masker unik 3D ini memberikan kesan efektif dan menyeluruh dengan menambah keanjalan kulit muka agar tidak lesu dan kusam. 

Masker ini bertidak mengunci kelembapan pada kulit wajah sehingga 24 jam. Kehebatan Nano Gold Technology pula menghasilkan kolagen bagi mengurangkan garis halus agar kulit tampil muda remaja sebelum usia. Maklumlah dah pertengahan umur 30 an ini, pasti nak kekal wajah yang segar, anjal dan cerah kan.  

Kenapa di katakan 3D? Sebab masker ini kemas sahaja, boleh disangkut di bahagian telinga. So masa pakai memang padat dan kelembapan dapat diserap sekata tau. 


Nampak tak tegang aje. Sebab dari mata ke pipi, kita sangkutkan masker ini ke telinga dan dari bawah dagu ke pipi juga disangkutkan kepada telinga. So memang selesa dan padat sahaja kat muka. Lagi syok bulan puasa ini kalau kita pakai masker ini, selepas di tanggakan boleh tidur terus. Tak perlu cuci muka lagi !!!

Jadi kepada yang pemalas, tapi nak tampil cantik dan segar boleh lah pakai  
Masker Keremajaan Wajah SAFI RANIA Gold. 
Kolin pakai seminggu sekali, mana tau hari raya nanti makin cun kan.

Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy pula dapat memanjakan kulit wajah dengan kombinasi Nano Biowhite, Arbutin dan kiwi yang kaya dengan Vitamin C. Bertindak menyerap masuk ke dalam 3 lapisan kulit bagi menghasilan kulit wajah yang halus mulus dan cerah dengan segera. 

Mana yang rasa kulit dah kusam, lama tak pergi facial tu. Boleh cuba SAFI, harga pun berbaloi tau. 
Masker ini digunakan lebih kurang 20 minit, dan nikmati kulit yang halus, mulus dan cerah sempurna bila bangun pagi esoknya. Mudah kan....nak cantik sekarang semua dah mudah. 
Tinggal malas atau rajin aje tau korang ni semua. SAFI kan ada. 


Nampak tak gambar tu, kulit muka kolin lembab aje kan. Tu bukan basuh muka tau. Tu selepas tanggal masker yang dah dipakai dalam masa 20 minit. Kesan kelembapan serta merta, lagi best sampai esok pagi rasa halus sahaja kulit muka. Memang rawatan yang kolin selalu nak pun. 

Masker Keremjaan SAFI RANIA Gold 22ml pada harga RM6.90 dan Masker Pencerah SAFI Balqis White Trilogy 17 ml pada harga RM5.90. Ada di seluruh pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia. Jangan lupa beli dan pakai seminggu sekali untuk muka cun di pagi syawal nanti tau. 

Segala maklumat atau apa juga pertanyaan korang boleh log in ke www.safi.com.my

Love,

Kolin Zainal


No comments:

Post a Comment

loving me..loving you