Thursday, June 9, 2016

naluri keibuan

assalammualaikum dan salam sejahtera

Semalam pertama kali alisa berpuasa penuh tau. Hatta sahur subuh gajah, janji dia dapat menahan perut dia. Dan permintaan untuk berbuka, Pizza Hut. Sekarang Pizza Hut nak makan 4 orang pun dah almost RM100 tau. Punyalah kos tinggi nak makan pizza tu kan. Tak pelah belanja orang berbuka puasa heheheh

Dah selesai order dan bayar, kolin anak beranak decided nak ke pasar ramadhan sekitar situ. So masa dalam pasar tu. Duk tanya ali imran dan alisa maisara nak makan apa-apa tak.
Kedua-dua anak kolin geleng kepala sahaja.

Nampak gayanya dedua dah terlalu letih untuk berjalan. 
Kolin dan hubby decided patah balik ke Pizza Hut Kepong tu untuk berbuka. 

Tapi sebelum kolin nak jalan, ali imran cakap suruh tunggu.
Kolin pun tunggu lah sekejap...nampak ali imran keluarkan RM1 dari poket seluar
dan masuk dalam tabung pakcik tua kat situ. 

Kolin nampak senyum aje laaa...sebab memang dah lama ajar anak-anak bersedekah.

Kolin: Abang bagi berapa ringgit?
Ali Imran: Seringgit aje mami

Kolin: Abang dapat mana seringit tu tadi.
Ali Imran: Tadi sembahyang kat surau zuhur dan asar, imam bagi abang seringgit. 

Ok...aku dah sebak..mata dah berair...
tetiba naluri keibuan aku meninggi sangat petang semalam. 

Allahuakbar....bangga sangat dengan Ali Imran saat tu. 
Tak tamak, malah dipanjangkan sedekah tok imam tu. 

Masa menulis ni pun aku dan meleleh air mata.
Semoga yang baik ini diteruskan oleh Ali Imran sampai bila-bila



Love 

Kolin Zainal

2 comments:

loving me..loving you