Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

"Finding Dory" di Sunway Putra Mall sempena cuti sekolah !!

assalammualaikum dan salam sejahtera

Setelah lama menunggu sambungan kepada "Finding Nemo" kini Disney Pixars mempersembahkan "Finding Dory" yang akan ditayangkan pada Jun 2016 nanti.

Bersempena dengan itu, Sunway Putra Mall telah menyediakan pelbagai aktiviti buat semua pengunjung yang datang bersempena cuti sekolah. Bermula 27 May sehingga 12 Jun 2016 pelbagai aktiviti untuk sekeluarga datang dan sertai. Kolin pun tak nak melepaskan peluang untuk grab peluang ini. Yang penting anak-anak have fun. Lagipun Sunway Putra dah cantik sekarang mall dia tau.


Kalau nak join mudah sahaja, daftar dan selesaikan 3 tugasan yang diberikan. Mula-mula adik-adik kena kena cari Dory di jalan di bawah laut, kemudian menolong mengutip sampah-sarap yang ada di dasar laut dan akhir sekali, adik-adik boleh menunjuk bakat mewarna tau. Ada 4 pilihan gambar yang boleh anak-anak pilih untuk diwarnakan. Pilih saja !!




Selesai ketiga-tiga tugasan, pergi ke kaunter dan dapatkan buku stiker "Finding Dory" yang diberikan secara PERCUMA !!! Seronok kan kalau ada masa boleh lah korang bawa anak-anak
 ke Sunway Putra Mall. 


Selain dari permainan dan aktiviti yang disediakan, pengunjung juga dapat melihat sendiri pelbagai barangan dari Finding Dory.  Malahan tiket menonton wayang pun ada diberikan. 

Menurut Mr. Kevin Tan, Chief Operating of Sunway Mall, ini adalah misi bagi memberikan pengunjung pengalaman baru dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ini. Sunway Shopping Mall menjanjikan kunjungan yang lebih bagus untuk semua pengunjung dalam dan juga luar negara. Malah tidak dilupakan buat pengunjung cilik yang datang ke sini. Jadinya bukan lah orang dewasa sahaja boleh enjoy kalau datang ke Sunway Putra Mall, anak-anak kecil pun boleh enjoy juga kan. 

Tak sabar nak menonton filem sambungan 'Finding Nemo' ini. 'Finding Dory' yang bakal di tayangkan bulan Jun nanti pastinya dapat sambutan hangat dari pelbagai lapisan masyarakat.  Filem ini bkaal memberikan makna mengenai kekeluargaan. Dan bagaimana kasih sayang dapat menyatukan mereka kembali. 




Untuk lebih informasi mengenai apa aktiviti yang ada di Sunway Putra Mall. Korang boleh layari dan LIKE www.facebook.com/sunway_putramall atau IG mereka www.instagram.com/sunway_putramall

Terima kasih menjemput kami Seeties dan Sunway Putra Mall
Anak-anak kolin happy sangat dapat menyertai pelbagai aktiviti di sini.

Sebelum balik kami semua makan di Friends of Burger yang terletak di tingkat LG Sunway Putra Mall.
Sesiapa yang nak cuba berbuka di sini, ada pelbagai menu berbuka yang disediakan. 
Boleh lah cuba nanti ok.


Buat korang yang masih mencari apa aktiviti buat anak-anak di cuti sekolah, silalah datang ye.


Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you