Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Santuari Ikan Sungai Chiling

assalammualaikum dan salam sejahtera

Balik dari Fraser Hill kolin sekeluarga sempat singgah kat sini. Sebenarnya pelik kenapa banyak sangat kereta parking kiri dan kanan jalan. So kami berhenti dan lihat sendiri keindahan alam yang ada di sini.
Macam yang ada di papan kenyataan Waktu buka adalah hari Jumaat sehingga Ahad dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kalau tak silap kolin, kita boleh tengok ikan kelah kat sini tau.


Ini adalah pintu gerbang nak masuk ke kawasan ini. Memang berpalang so kereta tak boleh masuk. Parking sahaja elok-elok di kiri dan kanan jalan. Hati-hati sedikit sebab jalan agak sempit jugak lah.


Sangkaan kolin dekat nak tengok sungai tu. Tapi kena juga berjalan kaki dalam 300-400 meter ke dalam. 


Inilah keadaan jalan untuk masuk ke Sungai Chiling. Jalan sahaja perlahan-lahan, tapi dari sini dah boleh dengar air terjun. Seronok kalau mandi sungai cuaca panas kan.


Inilah keadaan Sungai Chiling. Baru lah kolin tahu, rupanya kita boleh berkhemah di kawasan ini. Tapi segala sampah yang ada kita kena bawak balik. Maknanya kalau korang berkhemah di sini bawa air kotak, plastik makanan semua bungkus masuk plastik dan bawa balik. Tak boleh tinggal di sini.

Kolin dapat tahu kena naik ke atas lagi kalau nak tengok ikan kelah yang best. Tapi kolin ada bawa warga emas bersama so kami semua melepak di sini sambil menikmati keindahan. Ada juga tau ikan, bukan takde..



Haa nampak tak ikan hahaha. Ada tu ikan, melepak-lepak kat kaki kolin. Bestnya laa kalau dapat berkhemah di Sungai Chiling ini. Tapi aku penakut, baik tak payah ahahah



Masing-masing dah main air sungai dah masa ini. Sebab tahu kolin ada bawa baju lebih dalam kereta. Anak-anak biasa lah mana boleh jumpa sungai kalau tak mandi kan. Memang dah mandi kuyup. penat lah nak berjalan keluar balik tu. Terasa jauh laaa pulak kan.

Kepada korang yang suka aktiviti macam ini, tak jauh pun dalam satu jam setengah dari KL untuk teroka tempat ini. Mana tahu boleh jadi tempat melepak korang. Untuk kolin sekadar datang siang hari aje lah, nak berkhemah memang agak payah. Sekali seumur hidup aje pernah berkhemah. Itu pun di Pulau Pangkor. 
Lawaknyaaa tak ingat sebab aku memang penakut hahaha

Inilah Santuari Ikan Sungai Chiling, Cintai lah Sungai Kita

Love, 

Kolin Zainal

3 comments:

  1. sya pon pergi sini hari tu, entri di sini

    http://najwazahid94.blogspot.my/2015/11/the-santuari-ikan-sg-chiling-kuala-kubu.html

    ReplyDelete

loving me..loving you