Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Pengalaman naik komuter pergi kerja !

assalammualaikum dan salam sejahtera

Nak dijadikan cerita kolin ni duduk di jinjang utara dan kerja di shah alam. Hampir 7 tahun berulang alik dan kadang-kadang rasa letih sangat mengadap jem hari-hari. Semalam aku gedik tak mau drive tapi nak naik komuter hahahha. Lets the story begin, pukul 6.45 pagi keluar rumah, parking kat taman wahyu. Tiket kolin beli jam 7.01 pagi. Dalam 5 minit selepas itu tren komuter pun sampai.


Selesa sangat duduk dalam tren komuter ini. Sebab ada ladies coach, berhawa dingin, tak sendat 
pun. Masa ni kolin dan sengih-sengih, suka laa kunun sehari tak hadap jem tu kan.

Tapi tren kolin tak direct ke shah alam, kolin tukar tren kat KL Sentral untuk 
hala ke Shah Alam. Ok sangat, ada pegawai polis wanita jaga, lagi sekali 
naik ladies coach yang sangat selesa. Memang tak penat pun !!! Sebab
boleh buat aktiviti tidur-tidur ayam rupa mak hayam hahahaha

Sampai kat Shah Alam keluar dari stesen kolin terus naik bas Selangor Ku yang percuma tu.
Inilah laluan yang dilalui oleh bas Selangor Ku. PERCUMA !!!
Selesa, tak ramai sangat orang, bas pun bersih.


Malangnya aku sampai lewat ke pejabat hahahaha
Mungkin kolin kena ada di stesen taman wahyu pukul 6.30 pagi 
untuk sampai ke pejabat tepat jam 8.30 pagi. Maknanya lama laa juga perjalanan kolin kan.
Cuma tak penat lah nak drive hadap jem hari-hari. 


Muka GAGAL nak gunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.
So esok aku drive lah kereta balik macam biasa. Sorry lah bos, saya cuba hari ini
tak sangka gagal masuk on time huhuhu...

So masa balik tunggu bas Selangor Ku depan MBSA tu, sampai stesen komuter
Seksyen 19. Tren sampai pukul 6.00 petang, tukar tren bagai-bagai sampai rumah jam 7.30 malam.
Tak berbaloi dengan masa yang diambil, tapi tak penat. Berbaloi bab yang itu.

Harap ada tren laju-laju dari KL ke Shah Alam tak lama lagi.
Boleh lah naik pengangkutan awam dan tak de lah jalan raya sesak kan.

Aktiviti aku suka bila dalam tren...TIDUR Hayam Hayam hahahha
kalau dalam kereta, memang tak dapat lah weiii


tapi lagi gembira semalam ada kawan tanya pengalaman aku naik tren. 
terima kasih sebab concern uollssss...
Ternyata sebenarnya aku happy giler naik pengangkutan awam hahaha


haaa..tapi kolin duk ladies coach tau..
ni cuma gurauan kasar nak mengeratkan silaturrahim. Terharu ada kawan ambil berat.

So try lagi bulan depan hahahah!!! Buat sementara waktu ini kolin drive laa dulu 

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you