Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Ingin bercuti saat akhir? Aplikasi Last Minute Booking dapat bantu anda

assalammualaikum dan salam sejahtera

Tetiba pulak terasa banyak duit kan, dapat durian runtuh, duit terpijak, duit kutu atau bos baik hati bagi bonus pulak sudah. Kita ni pulak dah lama tak pergi melancong dan bercuti. Terus terpikir nak pergi oversea aatau dalam negeri, tapi macam biasa semua benda tak booking lagi kan. 

Sekarang korang semua jangan risau sebab Aplikasi Last Minute Booking dapat membantu anda. Samada menerusi desktop, laptop atau pun smart phone yang semua orang ada tu. Download sahaja dan korang boleh lihat sendiri bagaimana aplikasi ini dapat membantu. 


Siap ada online chat dan korang sendiri boleh tanya apa sahaja yang korang nak tahu mengenai pakej yang ada. Silap-silap pakej dari Matta Fair pun ada.  Download mengunakan Google Play atau pun App Store pun boleh. Semua di hujung jari anda.

Secara ringkasnya Last Minute Booking ini adalah satu aplikasi atau kemudahan bagi kita yang suka bercuti. Ianya juga dapat membantu sekiranya kita mempunyai kecemasan yang perlu kita keluar negara dengan segera. Menyenaraikan pelbagai pakej Last Minute Booking ternyata dapat menyelesaikan segala urusan dari menempah tiket kapal terbang, hotel, pakej tour dan apa sahaja yang korang perlukan. 


Mula-mula sekali kita boleh pilih package destination, harga pakej yang kita perlukan. Selepas itu berapa orang, bila kita nak pergi terus masukkan sahaja ke situ. 


Kolin try tekan Japan dan terus keluar yang ini. Selama 6 Hari 4 Malam di Osaka, Kyoto & Kobe. Semua dah termasuk iaitu tiket kapal terbang, hotel dan tour dengan kos sebanyak RM6497 untuk 17 Mei 2016. Hebatkan aplikasi ini !!!! Masukkan sahaja detail yang diperlukan, semua dah keluar tau. Siap detail dan maklumat yang korang perlukan. 


Ini antara yang kolin try dengan  Last Minute Booking. Bercuti ke Jakarta selama 5 hari fullboard dengan kos RM1638. Lagi syok di aplikasi ini siap ada sedikit sejarah dan info mengenai tempat yang ingin lawati.

Korang boleh cari Pakej Matta Fair, Pakej Libur, Pakej Segera dan kalau mahukan Muslim Pakej pun ada juga. Senang tak nak bercuti saat akhir ni, tak perlu susah payah garu kepala mencari-cari pakej yang sesuai dengan bajet anda. Serendah RM500 pun ada, yang penting korang decide mana korang nak pergi bersesuaian dengan bajet yang korang ada kan. 


Yang ini wishlist kolin. So dah dapat dah bajet kalau kolin nak ke Eropah London nanti. Manalah tau kan nanti kolin dapat duit terpijak ke, tetiba kaya ke. Inilah destinasi kolin nantikan.

Untuk lebih informasi dan kalau lah ada pertanyaan, korang boleh lah hubungi Last Minute Booking 
seperti di bawah ini.

  • No.3, Jalan Tapah, Off Jalan Goh Hock Huat, 41400 Klang, Selangor D.E, Malaysia.
  • Monday – Friday : 9.00 am -- 5.30 pm
         Saturday : 9.00 am -- 1.00 pm
         Sunday : Closed
  • +603-3343 1800
  • +603-3343 8100

Aplikasi Last Minute Booking saat mudah dan senang untuk digunakan. Bagi pengembara yang selalu terkial-kial mencari pakej yang bersesuaian. Kini tak perlu garu kepala sebab boleh download sahaja di smart phone. Hari ini dapat bonus, esok dan boleh plan bercuti kan. 

So download cepat-cepat dan selamat bercuti !!!!!


Love, 

Kolin Zainal
 

2 comments:

  1. Mudah kan dengan aplikasi LMB ni..saya dah download kat hp..saja stand by kot2 dapat duit terpijak..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...kolin pun suka !!! tunggu bonus nanti boleh plan

      Delete

loving me..loving you