Monday, February 29, 2016

Tips Bergaya dengan Women Flats

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bukan semua wanita gemar memakai high heels atau kasut tumit tinggi kan. Kajian memang ada menunjukkan bahawa golongan wanita yang lebih gemar memakai kasut yang tidak bertumit adalah mereka yang gemar bergaya ringkas dan lebih lasak.  Maksudnya lebih simple lah bukan.

Pada mereka, keselesaan adalah lebih penting daripada penampilan diri. Namun, bukan bermaksud mereka tidak menitikberatkan soal penampilan diri dan koleksi kasut bertapak rata atau women flats ini juga sebenarnya boleh menyerlahkan lagi penampilan seseorang wanita itu dengan penggayaan seperti berikut:

  

Gaya kasual yang paling ringkas dan ideal oleh semua wanita yang ingin kekal selesa terutama sekali pada hujung minggu adalah dengan padanan jeans dan t-shirt bersama pemakaian pump shoes seperti gambar di bawah ini. Simple dan ranggi, tetap nampak berfesyen tetapi lebih selesa. Siapa cakap tak pakai tumit tinggi tak cantik kan...lawa saja kalau kena dengan gaya.

 
Begitu juga dengan pemakaian pakaian kasual yang lain seperti seluar pendek dan kemeja ketika anda berjalan-jalan di ibu kota atau apabila ingin bersantai bersama rakan-rakan. Pemakaian flats atau pumps seperti ini sememangnya sesuai untuk dipadankan dengan apa jua jenis pakaian kasual anda. 



Dan bagi penggemar koleksi dress pula, anda masih boleh tampil feminine dan berfaya dengan pemakaian sandals untuk dipadankan bersama dress anda tersebut. Malah, anda akan berasa lebih selesa dan bebas untuk bergerak! Lagi nampak ranggi kan! Kolin pun suka pakai dress dengan flat kekadang. Nampak lagi santai dan lagi selesa apabila melepak bersama keluarga atau pun kawan-kawan.



Dan yang terakhir adalah pemakaian loafer atau brogue atau oxford (yang juga termasuk dalam kategori flats) sebagai footwear anda ke tempat kerja. Ketiga-tiga jenis kasut tidak bertumit ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda padankan bersama koleksi pakaian pejabat anda. 


Ini bermakna Women Flats bukan sahaja sesuai dengan acara tidak rasmi malah yang rasmi juga. Yang penting kita kena bijak suai padankan semua gaya women flats yang ada. Terpulang kepada setiap individu kalau nak yang lebih selesa berbanding gaya. Siapa cakap kalau sarung tumit tinggi sahaja bergaya kan. Nahhh bukti di gambar ini, ternyata mereka tetap nampak anggun walaupun tidak berkasut tinggi.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua dalam pengayaan kasut flat ok.

Love, 

Kolin Zainal

6 comments:

  1. sya x tinggi. sbb tu xpkai flat shoes..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love heels..tapi suka gak flat shoes hehehe

      Delete
  2. Saya salah sorang yang suka pakai kasut jenis flat..senang nak berjalan..yang penting tak sakit kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka dedua..ikut tempat dan masa :)

      Delete

loving me..loving you