Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Shopping online dengan Ensogo Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 Kolin adalah kaki shopping online! Dari kiri ke kanan kebanyakkan online. Lagilah kalau barangan elektrik, gadget, elektronik dan juga perabot. Baju, kasut, tudung, aksesori tak usah cakap lah memang online dari dulu lagi  Memang pantang masuk 'ka-ching, ka-ching' setiap 25 haribulan tu kolin dah terpacak depan PC bershopping online.

Kali ini kolin nak share satu lagi rangkaian online shopping yang boleh korang try. Iaitu Ensogo

Ha mesti korang teruja kan hahahah..Memang wei..macam-macam barang ada di jual tau di online shopping Ensogo Malaysia. Kolin tak pernah try membeli belah lagi kat sini. Tapi gaji 25 Februari nanti, barang yang kolin akan consider untuk beli yang pertama yang ini

1. Seagate 2TB 

Dah lama aim tau yang ini..murah sangat 2TB hanya RM349 dari RM449
Nak membeli senang sangat, customer review pun ada. Jangan risau ok.


2. Philips Elektric Pressure Cooker

Yang ini adalah idaman kolin semenjak dahulu kala. Maklumlah kadang-kadang terasa diri ini chef yang suka memasak macam-macam. Yang bestnya kalau dapat beli ini boleh buat sup tulang yang sedap giler la kan. Memang berbaloi dengan harga RM499 tu. Nak beli senang aje...klik sana, klik sini sampai sudah.


3.  Casio Baby - G Neon Yellow

Kolin dan kuning berpisah tiada. Apa sahaja yang datang dalam warna kuning memang menarik perhatian kolin. Lagi pulak masa browse Ensogo tenampak pulak Baby G kuning!!!
Rasanya sebelum raya boleh beli dah ni huhuhu...lawanyaaa ko jam oii


4.  Prada Vela Nylon Shoulder Bag

Barang Luxury pun ada korang. Silap haribulan masa layari Ensogo boleh dapat diskaun. Mana tahu kan, shopping online ini misteri, Nasib kita baik memang dapat murah-murah sahaja barang tau.
Yang ini memang menjadi idaman kalbu dari dulu lagi. Hopefully tahun ini boleh dapat satu hahah
Ensogo ada banyak lagi jenama korang, jangan malu-malu nak tengok dahulu. Boleh menabung dan beli satu nanti buat raya bulan Jun nanti kan.


5.Ubat gigi Colgate

Kenapa kolin share yang ini. Sebabnya buat surirumah atau ibu yang dalam berpantang tu, mereka kadang-kadang ada sekatan untuk keluar rumah. Dengan kemudahan internet dan Ensogo ini barangan keperluan harian mereka boleh dibeli secara online sahaja. 

Tak perlu keluar berpanas, berhujan dan jalan sesak lagi dah. Senang kan. Siapa sangka Ensogo ada semua kemudahan ini untuk memudahkan semua ibu-ibu yang sibuk. Macam kolin juga, kadang-kadang tak sempat nak pergi beli. Sekarang order saja lah ..beli shampoo rambut pun online sudah.

Senang dan ringkas. Semua sekarang ada handphone kan..order aje terus wei.


Perkara yang dulu mustahil sekarang semua dah senang. Nak beli perabot yang lawa dengan harga berpatutan pun boleh di Ensogo Malaysia. Dah bertambahkan senarai laman web yang boleh korang shopping. Jangan lupa layari Ensogo untuk lebih barangan yang boleh pilih.

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you