Saturday, February 6, 2016

Pengalaman naik Malindo Air

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kolin memang tak pernah naik Malindo Air sebelum ini, kepada korang yang dah naik, nak baca boleh aje. Tapi yang belum pernah naik lagi Malindo Air, kolin nak share sikit apa beza dengan AirAsia dan Firefly. MAS tak payah lah cerita kan, bukan tak nak cuba tapi kurang best nak pergi KLIA 1 sebab transportation tak friendly sangat. Kalau KLIA 2 senang, bas ada RM12 sahaja tau, terus sampai.

Inilah tempat duduk Malindo Air.  Semua belakang tempat duduk ada TV


Ini ruang kaki kalau kita duduk tegak dan elok-elok. Untuk orang tinggi macam kolin selesa jugak laa


Rugilah kalau tak selfie dalam flight kan. Sangat memuaskan!
Lain kali travel boleh cuba fly yang ini pula. Tak sabar nak bawa hubby dan anak-anak tau.
Mana boleh selfie sensorang kan..kita ajak rakan sebelah jugak.


gambar yang sempat snap masa Malindo Air terbang tinggi. Kolin tak dapat nak snap gambar makanan dalam flight sebab agen yang booking flight buat salah. Habis kasihan kawan-kawan seramai 38 orang termasuk kolin naik flight seawal jam 7 pagi tak dapat makan breakfast. Tapi bersyukur sebab flight attendant Malindo Air ini membantu kami. Flight OD1002 ke Kota Kinabalu pada 21 Januari 2016, terima kasih banyak-banyak. Seorang demi seorang dia tanya dan serve apa yang ada. Kasihan sangat. Minta maaf kawan-kawan ya. Tak sangka aturan jadi macam ini. Next mungkin kolin kena lebih berhati-hati.

Inilah flight attendant pagi tu yang banyak membantu kolin. Jasa baik dan keikhlasan mereka membantu kolin amatlah kolin hargai.


Thank you Malindo Air !!!

Semoga kita bertemu lagi ke destinasi yang lain pula.
Kepada yang belum pernah cuba, boleh lah tempah tiket Malindo Air. Memang berbaloi!!


Pemandangan dari atas Negeri Sabah Di Bawah Bayu, Alhamdulillah selamat sampai setelah 2 jam 30 minit di udara. Permulaan yang baik untuk 2016, semoga tahun ini kolin mampu terbang lebih jauh dan tinggi.
Doakan ye...

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you