Sunday, February 28, 2016

pengalaman beli Fareeda door 2 door

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bila buka fb Dan IG kolin mesti terperasan iklan dari jenama tudung terkemuka ini iaitu Fareeda. Akhirnya kolin ambil keputusan nak try beli satu secara perkhidmatan online iaitu door to door service. Pilihan kolin kali ini Selendang Mawar Sofea sebab ada parfum baru keluaran mereka. Nak tahu juga bau macam mana kan.



So buka fb dan mula call no yang diberikan selepas jam 10 pagi. Deringan dua kali sahaja ada staff yang menjawab mohon kolin SMS apa yang kolin nak order termasuk detail diri dan no kod tudung yang hendak di miliki.

Tapi setelah sms pagi tu, tiada rider pun yang call nak hantar barang. So kolin ignore dan tak call balik pun. Sebab sangkaan kolin sure bz dengan tempahan yang ada.

Esoknya kolin terima panggilan dari rider yang nak hantar pesanan kolin. Parcel diletakkan dalam beg kertas comel dan parfum dibalut rapi.

Happy...nanti kolin dah sarung selendang ni, kolin share ya.
Bagus perkhidmatan Fareeda, sebab sekarang kolin tak perlu keluar panas-panas ke butik. Order sahaja online, barang pun sampai.




Terima kasih Fareeda! So sesiapa nak cuba perkhidmatan ini, silalah...
Sure korang happy macam kolin *wink

Love

Kolin zainal



No comments:

Post a Comment

loving me..loving you