Thursday, February 25, 2016

Marvelous Ayam Goreng Kunyit di Pj State

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kolin dah lama tak singgah dan jumpa kawan kolin nan seorang ini. Inilah kawan yang kolin rapat masa bertugas di Shah's Village Hotel dulu. Nasib ada masa terluang sikit dapat kami keluar makan tengahari bersama. Bertukar cerita dan gossip hahaha


Lagi istimewa kolin dapat melepak tempat kolin merapu dulu. Zaman sekolah dulu, kami panggil food court ni 'perabot'. Terletak di lorong sultan PJ State tepi jalan aje. Dedulu tempat popular la bagi yang berdating hahaha. Termasuk kolin sekali lah tu.
Tapi tu dulu laa, zaman sekolah di Assunta PJ.

Yang kolin nak share ialah kedai ini.Marvelous Ayam Goreng Kunyit yang ada disini.



Dengan harga serendah itu, dah termasuk nasi Putih tau. Zaman sekarang ni semua kena bijak berjimat. Dah lah berpatutan, siap bagi kicap dan sambal belacan sebagai pilihan pelanggan yang makan di sini. Paling penting hidangan simple ini sedap!



Lauk ini di masak kembali panas-panas bila dah habis. So memang berselera lah kolin makan. Agak kreatif lah pada kolin. Bagi siapa yang nak try selera baru, sila lah singgah disini. Rasa kolin lunch hour sahaja ada dan yang beratur pun boleh tahan juga.

Zaila pilih hidangan ayam goreng kunyit dan kolin pilih sotong goreng kunyit. Semua sekali RM12 sahaja untuk dua orang. Air teh O ais mengiringi makan tengahari kami hari tu. Memang Marvellous!!




Kepada kaki makan, silalah cuba ya. Sure kolin repeat lagi makan sini next time.
Hidangan simple memang WIN!!

Love

Kolin zainal









No comments:

Post a Comment

loving me..loving you