Wednesday, February 10, 2016

Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub dari 3Bskin

assalammualaikum dan salam sejahtera

Kita selalu ambil berat pasal pembersih muka, pelembap dan juga penyegar muka kan. Kadang-kadang nak juga kita mencari skrub muka yang berkesan untuk menghilangkan kulit-kulit mati dan yang tidak menyumbat liang roma kulit kita kan. Kali ini kolin nak share pasal skrub muka dari 3Bskin iaitu 
Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub 60ml


Kepada yang takut ada alahan pada bau ala ubat-ubatan, jangan risau ok. Skrub muka dari 3Bskin ini bau sangat menyenangkan. Bau fresh buah-buahan sahaja. Skrub muka ini mampu menghilangkan benda-benda yang menyekat liang roma, membuatkan wajah lebih halus dan berupaya menyingkirkan sel-sel mati pada kulit wajah. Senang sangat nak pakai tau, selepas membersihkan muka dan toning sapu sahaja kat muka.
Picit dan dengan mengunakan jari, ratakan krim skrub ini serata pada kulit wajah kita dan biarkan selama 15 minit kering. Senang sahaja nak buat skrub ini. Kalau kolin, sabtu atau ahad tu selepas mandi pagi, kolin sapu skrub muka ini dan pergi buat kerja lain. Macam tengok TV ker, lipat baju ker, sapu sampah sikit-sikit ke. Selepas dah 15 minit kita basuh lah tangan. Dengan mengunakan jari basah tu, kita skrub muka dengan kaedah pusingan. Macam pusingan jam tu, urut perlahan-lahan sampai semua krim skrub tu tak ada. Masa tu tenyeh lah lebih-lebih sikit kat area hidung dan pipi yang ada whitehead dan blackhead tu.

Nampak tak proses pada gambar ini. Mulanya kolin sapu dan biar kering. Kemudian mengunakan jari yang basah, urut perlahan-lahan. Sampai lah semua skrub tu keluar dan memang masa ini rasa kulit wajah lembut sangat tau. Malahan wangi sangat Enzyme Scrub dari 3Bskin ini. 

Jangan nak laju-laju sangat pun, sambil tengok Melodi TV3 tu pun korang boleh buat. 
Kalau nak seribu daya kan. Lagipun sekarang nak ke facial mahal tau. Sekarang semua dah mudah. Beli sahaja dan buat sendiri di rumah. 


Lagi lama kita urut, semua krim yang ada akan tertanggal. Selepas itu kita basuh sahaja muka kita seperti biasa. Ibarat macam bilas sahaja, mana tau ada lagi skrub yang tertinggalkan. Fruitful Cocktail Basket Enzyme Scrub ini mengandungi Prunus Armeniaca (Apricot) Seed Powder yang membantu kulit kita lebih cerah dan menawan. Kolin akan guna seminggu sekali bagi memastikan kulit kolin bersih dari sel kulit mati.
Terima kasih 3Bskin untuk produk yang sangat super ini.

Buat korang yang nak cuba skrub ini jangan lupa layari www.3Bskin.com atau LIKE dan FOLLOW media sosial mereka seperti di bawah ini.



Tak rugi pun kalau cuba skrub muka dari 3Bskin ini.
Sure tak menyesal...

Love,

Kolin Zainal

2 comments:

  1. Baru dapat scrub ni..weekend ni bru nk try.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Fieza,

      kolin suka skrub ini, sebab memang lepas guna kulit rasa best.
      Cuba lah tau..tak sabar nak baca review huhu

      Delete

loving me..loving you