Saturday, January 30, 2016

Pengukus Tupperware

assalammualaikum dan salam sejahtera

Pertama kali rasmi sejak dapat hadiah ini masa birthday tahun lepas. Terima kasih Norkamilah Binti Ismarani sebab bagi ahkak hadiah ini. Tahun depan mohon MAHAL  lagi yer. SKANDAL sangat kita berdua kan. 

Since blogpost kolin bertajuk S.K.A.N.D.A.L tu hit secara tiba-tiba kan. Di kesempatan ini kolin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang membaca blogspost tu. Rating terus naik tau hahahahh.
Pageview blog naik ratus-ratusan. Femes lah kolin sehari sebab tajuk siapa makan cili dia terasa pedas tu.

Nak share macam mana kolin pakai pengukus tupperware ini. Memang best sangat dan sesuai nak stim kuih muih atau pun lauk yang tak perlu stim dalam masa yang lama. Peralatan pun ringkas sangat, siap dua tingkat tau. Tapi kali ini kolin nak stim mini lobster ini pakai satu tingkat sajalah. 


Sorry lah kuali gelap sudah hahah. Tapi itu lah yang suka sangat kolin pakai. Masukkan air pada paras yang ditunjukkan tu dan masuk lah mini lobster yang bakal di stim. 


Lepas tu tutup sahaja dan tunggu lah air mendidih dan mula kaedah stim tu. Memang best sangat. Cuma perhatilah kalau air mula berkurangan kene lah tambah lagi air tu. Sangat senang tak perlu nak keluar yang periuk besi-besi tu lagi dah. Setakat nak stim bun, pau dan lelain tu. Boleh lah kolin riak lepas ini hahahah

Serius kolin suka sangat hadiah dari milah ini. Dia tahu aje aku miskin peralatan dapur mewah sebegini. 
Korang tahu sajalah nak membeli bukan murah menatang ini. Harapkan kawan ler bagi hahahah

Sekarang dah siap kukus!! Meriah tak lauk dari sabah ni


Sedap! Well Cook... ali imran lah paling enjoy makan seafood. Tu yang ingat bulan oktober ini nak fly pergi Kuala Terengganu lah. Teringin nak sotong celup tepung dema tu.

So dah siap stim, siaplah juga lauk dinner kolin malam khamis tu. Simple sahaja. Sambal udang yang frozen kolin beli kat airport KK RM59 sekilo. mini lobster ini RM45 dalam 14 ekor dan goreng garing ikan keropok kegemaran keluarga kolin.  Alhamdulillah


Jemput jamu selera korang. Rezeki malam ini, lauk yang simple dan semoga kita bersyukur dengan apa sahaja yang ada. Teringat balik video klip persembahan Faizal Tahir masa AJL30. Anak-anak lapar cuma makan rumput sahaja. Hancur luluh hati kan~

Terima kasih pengukus tupperware kerana telah menyenangkan urusan stim lauk kolin.
Siapa yang masih mencari gajet nak masak, boleh try ini ok. Jenama yang memang best!

Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you