Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

Hilangkan jerawat dalam masa 24 jam dengan Refinity Acne Hydrogel

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sakit betul hati kalau jerawat tumbuh kan!! Kolin dah lebih 30 an ini pun masih dihinggapi jerawat. Banyak jugak produk digunakan. Tapi kekadang kesan sementara sahaja jerawat tu surut. Now kolin bertambah-tambah happy sebab dah ada Refinity. Refinity Acne Hydrogel memang dicipta untuk orang-orang yang macam kolin. Sebab dalam masa 24 jam lepas sapu jerawat akan mula surut dan kecut. Lagi syiokk tak meninggal kesan langsung. Tak yah penat-penat kolin nak sapu concealer bagai kan.


Packaging memang menarik dan paling penting bau dia sedap sangat. Kolin sudah pun mencuba tau produk ini. Memang tak berminyak, lepas membersihkan muka pagi atau malam tu kan, korang picit dan sapu sahaja perlahan-lahan di sekitar kulit yang bermasalah itu. Ternyata produk ini membantu mengecutkan jerawat kolin yang ranum ini. Happy giler!!! Nak tahu bagaimana Acne Hydrogel ini berfungi tak?


Ianya mempunyai Salix Alba Extract yang bertindak 3 kali lebih berkesan dengan menghapuskan Staphylococcus aureus dan Propionibacterium, iaitu dua bakteria yang menjadi punca pembentukan jerawat.

Selain itu, ia juga akan mempercepatkan proses pemulihan kulit dengan cara memudarkan kesan jerawat seperti parut dan kedutan sekaligus mencantikkan struktur kulit.

Disebabkan Acne Hydrogel dirumus dari bahan semulajadi, ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang sensitif kerana tiada kesan sampingan akan dirasai. Memang dah pakai hampir seminggu kesan nya sangat menakjubkan. Bukan nak puji sesuka hati ok, kalau nak tahu lebih banyak kisah Refinity ini pergilah website mereka sendiri www.refinity.com.my

Ada testimoni, ada senarai agen yang boleh korang hubungi. Antara testimoni yang menarik hati kolin adalah ini. Memang ternyata berkesan dan makin flawless, kenapa laa Refinity ini lambat sangat kolin ambil tahu!!!


Nampak tak kesan pengunaan kepada saudari ini. Dari benjolan jerawat, ada parut sehingga kulit bersih dan pink. Kolin yang baru guna seminggu pun dah ada perubahan. Ini kan pula penguna yang setia kan. Siap merah pink pipi dia dan flawless sangat. Meh kolin nak share testimoni kolin pulak. Dalam masa 24 jam tau, kolin sahut cabaran Refinity untuk membuktikan semua yang dikatakan itu benar!


Nampak tak bum jerawat merah atas bibir tu, yang tu memang jerawat yang tiada mata tau. So tak de nanah atau apa-apa. Kolin sapu waktu pagi dan malam Refinity Acne Hydrogel dan pagi ini memang surut, dah kurang bengkak dan perasan juga kawasan sekitar muka agak kurang merah sedikit. Terima kasih Refinity!!!

Selepas ini tak perlu susah payah nak cari produk yang nak hapus jerawat dan parut. Sekarang dalam satu botol yang comel boleh dibawa ke mana sahaja penyelesaian buat kolin. Happy sangat sebab dipertemukan dengan produk ini. Tak lama lagi boleh lah kolin tayang muka flawless kan.

Kolin dah dapat Refinity untuk ke arah kulit yang lebih sihat dan kurang bermasalah dah. Kalau kolin dah temui penyelesaian kepada masalah jerawat, kenapa bukan korang kan. Jangan risau akan bau Refinity tau, sebab tak bau macam ubat pun. Bau macam buah oren sahaja, kecik tapi memang berkuasa.

Tengok website www.refinity.com.my untuk lebih maklumat. Jangan malu atau segan ok, mulakan langkah pertama anda ke arah wajah bebas dari JERAWAT.

Rugi betul kolin kenal Refinity lambat..sigh~

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you