Friday, December 11, 2015

Shopping Di Freeport A'Famosa Outlet Melaka

assalammualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya Freeport A'Famosa Outlet telah dibuka!!! Pada 5 Disember 2015, Freeport A'Famosa Outlet telah dibuka kepada orang ramai. Di sini menawarkan lebih 60 outlet yang terdiri daripada fesyen, sport dan aksesori bagi semua yang mencari pusat membeli belah di bawah satu bumbung.

Freeport A'Famosa Outlet terletak dekat sangat dengan tol Alor Gajah semasa perjalanan Lebuhraya Utara Selatan. Ianya senang dikunjungi dan dijangka seramai 9 juta pengunjung dari Melaka, Kuala Lumpur dan yang berdekatan dengan Melaka. Outlet ini juga menawarkan lebih 1500 tempat letak kereta secara percuma! Antara outlet yang telah beroperasi ialah Nike, Cotton On, Esprit, PUMA, G2000, Carlo Rino, Clarks, Forever 21, Samsonite, Folli Follie, Sacoor Brothers dan banyak lagi. Menurut pengurusan mereka lebih 40 outlet yang bakal dibuka pada tahun 2016 yang tinggal beberapa hari lagi ni kan. 


Dengan pembukaan Freeport A'Famosa Outlet di Melaka ini, seramai 40 blogger terpilih telah diberi tugasan 'style on a shoestring' . Dengan bajet RM350 kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu casual dan stylish. Bayangkan lah kena shopping dan terus tukar baju yang dibeli dalam masa 2 jam!!!


Tapi sebelum itu satu kami diberikan sedikit tips dari selebriti dan blogger yang terkenal. Bagus juga kan kalau kita nak berfesyen mengikut sedikit nasihat dari mereka. Kadang-kadang tak perlu yang mahal sangat tapi nampak classy dan lebih penting Shop during SALES hahahhaa. Ms. Swee Lyn, Marketing Manager Freeport A'Famosa Outlet juga mengalu-alukan kedatangan kami semua. Happy!!!


 Outlet ini dibuka berikutan kejayaan mereka di Johor Bharu dan di KLIA Airport. Memang sekarang menjadi trend di Malaysia membeli belah di outlet adalah lebih mudah. Freeport A'Famosa Outlet ini adalah kerjasama antara syarikat dari UK iaitu Freeport Retail Ltd dan Langkah Realiti Sdn Bhd. iaitu pemilik A'Famosa Resort di Melaka. 

Berikutan pembukaan Outlet ini, Chris Miliken, Commercial Director dari Freeport Retail berkata mereka amat berbesar hati pengunjung dapat hadir sendiri ke outlet ini dan melihat sendiri bagaimana oulet ini dapat memudahkan semua orang. Samada memang penduduk di Melaka atau bercuti di sini. Outlet shopping adalah lebih murah dan mudah. Di sini semua dapat membeli belah dengan lebih bijak apabila tawaran harga yang menarik sentiasa diberikan buat pengunjung. Dan kini telah tiba masanya untuk shopping!!!


Ini barisan yang nak shopping Nike. Memang murah lah sangat sebab kasut daripada RM300++ jadi RM150 sahaja. Memang barisan tak pernah surut. Tapi percayalah ianya berbaloi. 


Ini pula tawaran hebat dari Forever 21! Buy 2 free 1, kat sini lah banyak kolin belanja untuk mencari outfit casual yang diberikan. Memang murah, cantik, lawa dan kena citarasa kolin. Setakat nak cari jeans baru RM40 pun dapat ok.


Haaa....yang best kan sini Levis buat sale sehingga 40% ok! Memang murah sangat. Setakat ladies tshirt tu harga RM40 pun dapat. Pergi laju-laju, ladies jeans RM90 sahaja!!


 Memang nak tunjuk satu-satu store yang buat SALE panjanglah karangan kolin. Tapi yang pasti kebanyakkan outlet di sini menawarkan harga yang sangat hebat. Sampaikan masa 2 jam yang diperunttukan kepada kami semua rasa tak cukup. Sebabnya, dah pergi satu outlet, tengok murah, pergi lagi satu pun murah. Rasa macam nak grab semua yang ada dijual di sini. 

Bagi yang kaki shopping, pastinya tempat ini menjadi syurga membeli belah korang. Dengan bajet kolin RM350 inilah yang kolin dapat selepas seronok bershopping di sini. 


Shawl dari Cotton On RM15.00
Red Shirt dari Cotton On RM15.00
Denim Jacket dari Levis RM159
Light Blue Jeans dari Forever 21 RM40
Black Beaded Slipper dari Forever 21 RM50 
Peach Handbag dari Forever 21 RM90

Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki lengkap. Ok tak gaya casual kolin.
Kalau kolin boleh berbelanja di sini dengan lengkap dalam bajet RM350 mengapa tidak korang kan. 



Haaa... percaya tak. Masing-masing dah dengan gaya tersendiri. Semua yang dipakai mereka ini boleh didapati di Freeport A'Famosa Oulet Melaka tau. Jadi korang kena cepat-cepat datang ke sini kalau nak dapatkan mana-mana outfit. Seronok betul membeli belah di sini tau. Tak cuba tak tahu!! 


Lihatlah semua blogger ini, masing-masing tak cukup tangan membeli belah di sini dengan bajet RM350.
Terima kasih Freeport A'Famosa Outlet sebab menjemput kami semua. Korang jangan baca sahaja tau, pergi dan lihatlah sendiri jualan hebat yang ada. Sok lusa boleh lah shopping raya kat sini pulak kan!!!
 Nak tahu lebih info LIKE FB Page mereka www.facebook.com/FreeportAfamosaoutlet

Love, 

Kolin Zainal 



2 comments:

loving me..loving you