Monday, December 21, 2015

Koleksi Terbaru UNIQLO x Hana Hajima Spring / Summer Collection

assalammualaikum dan salam sejahtera

Berikutan kejayaan pertama Uniqlo mengeluarkan rangkaian baju muslimah, sekali lagi Uniqlo berkerjasama dengan Haja Tajima untuk menghasilkan lagi koleksi baju-baju rekaan terbaru untuk kita semua. 
Uniqlo's Lifewear adalah satu konsep yang menjanjikan fesyen yang berkualiti untuk sesiapa sahaja, 
di mana-mana sahaja dan paling penting istimewa untuk wanita yang mencari-cari 
gaya sopan dan muslimah yang lebih trendy.


Rekaan kali ini lebih kepada Spring/Summer iaitu musim bunga dan musim panas menampilkan gaya yang lebih feminin. Ada juga yang bercorak, warna yang lebih mewah dan gaya potongan yang semestinya lain daripada yang lain. Rekaan Hana Tajima, pereka dari UK ini juga menampilkan hijab, jeans yang lebih relax, blouse, long dress dan juga AlRism Hijab yang menawarkan lebih gaya pada tudung.


Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis yang menerangkan serba sedikit mengenai hasil rekaan Uniqlo x Hana Tajima Spring/Summer Collection ini. Ada juga rekaan yang terbaru iaitu Baju Kurung yang lebih versatile dan boleh diubah menjadi blouse yang labuh atau pun 
dress kepada si pemakai. 

Tayangan video mengenai rekaan ini juga di tayangkan, bagi memberi lebih penerangan kepada semua hadirin yang hadir pada majlis yang penuh dengan rekaan dan idea baru dalam dunia fesyen. Ianya bukan hanya untuk yang bertudung sahaja ye, rekaan ini boleh digayakan oleh sesiapa sahaja. 

Kerjasama kali kedua Uniqlo's bersama Hana Tajima ini bersempena Spring/Summer adalah bagi memberikan pilihan kepada mengenai Lifewear yang difokukan oleh Uniqlo's.

Setiap rekaan pasti menjanjikan kualiti, keselesaan dan paling penting gaya individu tersendiri. 
Lihat sahaja baju yang digayakan oleh model ini, nampak selesa tetapi masih nampak bergaya bukan. 
 Ini lah yang ditekan oleh Mr. Taku Morikawa, Fast Retailing Group Senior Vice President, Chief Operating Officer bagi Uniqlo Global & Co-Chief Officer of UNIQLO South East Asia. 


UNIQLO x Hana Tajima ini telah dilancarkan dari tahun lepas lagi. Kini koleksi terbaru menepati rekaan Spring/Summer telah pun berada di semua oulet UNIQLO di Malaysia untuk anda lihat dan cuba sendiri rekaan terbaru ini. Tapi bulan Januari nanti ok, harga koleksi ini bermula dari RM19.90 sehingga RM199.90.
Jom, kolin share apa koleksi yang sempat lensa kolin rakamkan sepanjang majlis ini. 

Seluar yang sangat selesa dan baju putih ini memang lawa. Baju putih itu dari menjadi blouse atau baju tunis kepada casual jacket. Tak sabar nak tunggu bulan Januari 2016 dan beli rekaan yang ini. 



Ini pula antara warna yang boleh anda pilih ok. Banyak warna yang segar dan ceria.



Jadi jangan lupa ke outlet Uniqlo dan dapatkan koleksi Hana Tajima Spring/Summer ini laju-laju ok.
Untuk lebih maklumat dan melihat lebih banyak rekaan yang bakal di jual nanti sila layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com dan jadikannya milik korang segera ya!



Love, 

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you