Tuesday, December 22, 2015

Dekorasi rumah di KAISON

assalammualaikum dan salam sejahtera

Korang suka tak nak dekorasi rumah korang? Kolin memang suka sangat nak deko-deko dan hias rumah. Tapi maklumlah kadang-kadang nak dapatkan ilham dari pereka dalaman kan mahal. Sudahnya kolin ke KAISON untuk melihat sendiri apa barang dekorasi rumah yang boleh kita tengok. Paling utama kolin nak cari wall paper untuk bilik dan rumah. Nak gantikan cat yang ada, cat dah selalu sangat. Bila google tengok ada kawan-kawan yang buat wall paper atau kertas dinding ini, teringin lah pulak kolin. 


Jom pergi Kaison di Sunway Putra Mall! Lihat lah sendiri apa yang ada di sini. Harga pun boleh tahan dah termasuk GST. So sesiapa yang nak masuk rumah, nak cari hiasan pengantin atau apa saja datang lah sini. Kolin rasa bawak duit beribu pun kolin boleh berhabis kat sini. Teruja tengok!!




Kini misi kolin mencari wall paper untuk si alisa pulak, imran nak datang dan pilih sendiri. Maklumlah dah bujang, mami ah tak boleh pilihkan dah.




Ini wall paper border atau kertas dinding yang glamor satu masa dahulu. Dulu kan fesyen orang setengah kan dinding rumah. Atas warna lain, bawah warna lain dan terus letak border wall paper di bahagian tengah untuk kesan yang lebih cantik. So ini lah lah, Tak mahal sangat pun bawah RM10 sahaja. 

Yang ini pula untuk dinding, hanya RM19.90 sahaja. Kolin plan nak buat feature wall untuk bilik anak dara tu. Dia nak warna pink, tapi nampak pucat pink tu. Purple tu macam naik! Tapi memenuhi permintaan anak dara kolin, beli lah warna pink. Banyak pilihan lagi, korang datanglah sini kalau nak ubahsuai dinding boring tu kan. Mana tahu nak amik mood tahun baru 2016. 

Selain dari itu kalau nak cari painting, frame gambar, alas kaki, langsir, bantal semua ada kat sini. Pendek kata yang rare atau jarang-jarang di jual di pasaran pun ada. Siapkan sahaja bajet dan yang penting draft dulu apa yang korang nak ubah tu. Takut nanti membazir. 



Lawa kan wall paper yang ada kat Kaison ni. Kolin dari dulu target nak beli cermin panjang ni tau. Lebih kurang RM300 lebih juga di Kaison ini. Doa laa esok lusa kaya boleh shopping lagi kat Kaison ini dan ubah sikit istana comel kolin menjadi luxury condo hihihi..

Nanti wall paper kolin dah pasang dalam bilik alisa, kolin share ye.
Buat sementara waktu ni, masih draf apa lagi nak buat dengan dekorasi rumah ini. Rumah sendiri boleh lah nak hias bagai, kalau rumah sewa memang tak bebaslah kan. Kepada uolss semua yang belum ada rumah sendiri, kolin doakan dipercepatkan. Boleh kita share tips deko rumah sama-sama kan. 

Love,

Kolin Zainal

No comments:

Post a Comment

loving me..loving you