Thursday, December 3, 2015

Bisnes Online Bundle (BOB) memperluaskan penglibatan PKS dalam dunia digital

assalammualaikum dan salam sejahtera

Sejajar dengan pembangunan negarakan , Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digesa untuk memperluaskan lagi kewujudan digital mereka. Usaha ini membolehkan PKS untuk memfokuskan pelaburan mereka terhadap penjenamaan dan meningkatkan kualiti hubungan bersama pelanggan. 

Baru-baru ini satu majlis bersama MYNIC telah di adakan di Seri Kembangan, Selangor bagi melancarkan progam Bisnes Online Bundle (BOB) untuk membantu para peniaga PKS ini  melengkapkan perniagaan mereka di atas talian. Pakej yang menawarkan kemudahan dalam mendapatkan nama domain, emel professional, pengehosan laman web dan perlindugnan antivirus ini merupakan satu pakej yang lengkap dan mudah digunakan bagi melancarkan sesuatu perniagaan. 


Statistik menunjukkan terdapat 45,000 syarikat baru dan 350,000 perniagaan yang baru di daftarkan setiap tahun dan jumlah ini hanya 1 daripada 7 yang mempunyai ehadiran dalam talian. Banyak halangan yang menyebabkan perniagaan PKS ni gagal mendapat tempat dalam talian. Antaraya masa dan kos yang tinggi. Dengan ini pakej BOB hadir bagi penyelesaian untuk peniaga PKS agar tidak ketinggalan di dalam revolusi digital yang sedang berkembang pesat ini.


BOB atau Bisnes Online Bundle ini menawarkan harga promosi yang sangat berpatutan iaitu RM180 termasuk GST sepanjang tempoh promosi. Penguna mampu berjimat sehingga RM190 atau 51% berbangin membeli item-item yang ditawarkan berasingan. PEnguna juga diberikan pilihan untuk mendapatkan 1 hari latihan laman web mengunakan platfrom wordpress pada harga RM100 sahaja. 

Kewujudan dalam talian dan kemudahan e-dagang adalah baik dan penting bagi peniaga dan pelanggan untuk berinteraksi. Menurut En. Hasnul, Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC kami amat gembira kerana dapat menawarkan pakej mampu milik ini kepada orang ramai terutamanya peniaga PKS. 


Harga promosi BOB bermula pada 16 November sehingga hujung tahun 2015. Peniaga  atau individu yang berminat sila layari www.bisnesonlinebundle.my atau ejen yang sah untuk melanggan pakej ini. 

MYNIC merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan MultiMedia Malaysia KKMM yang bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan 
industri nama domain sebahagian dari infrastruktur ICT di Malaysia


Love,

Kolin Zainal

khidmat pesanan masyarakat ini dibawakan oleh alialisakreatif untuk MYNIC

1 comment:

  1. Jangan jadi mangsa. Saya baru beli pakej ini minggu lepas. Upload php file pun tak jadi dan e-mail forwarding pun tak jadi. E-mail Mynic 10 kali, hanya satu jawapan masalah teknikal ini sudah dimaklumkan kepada jabatan teknikal dan tunggu cara penyelesaian daripada mereka. 3 hari pun jawapan yang sama. Masalah yang remeh macam ini 3 hari pun tak dapat selesai, jangan jadi mangsa. Mereka perlu masa yang lebih panjang untuk selesai. Masalah ini tidak berlaku dengan webhosting Yeahhost, mereka biasa selesai masalah saya hanya dalam beberapa jam. Itu standard biasa untuk webhosting. Ini hari-hari masih minta maaf dan kata perlu tunggu lagi.

    ReplyDelete

loving me..loving you